Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Bantu Graduan

K3G Perkenal Sistem Atas Talian Bantu Graduan Cari Pekerjaan

Imej
K3G Perkenal Sistem Atas Talian Bantu Graduan Cari Pekerjaan KUALA LUMPUR, 28 Sept (Bernama) -- Karnival Kerjaya dan Keusahawanan Graduan 2014 (K3G) yang berakhir hari ini memperkenalkan sistem pangkalan data untuk membantu graduan mencari pekerjaan secara dalam talian. Ketua Setiausaha II, Kementerian Pendidikan (KPM) Datuk Seri Dr Zaini Ujang berkata graduan boleh mengakses laman web rasmi K3G di www.k3g.my bagi memuat naik resume mereka untuk perhatian bakal majikan. "Walaupun K3G 2014 telah berakhir, laman web rasmi K3G akan terus beroperasi dan boleh diakses oleh pengunjung yang mana agensi dan syarikat yang berminat menawarkan peluang pekerjaan, keusahawaan dan kemahiran boleh mendaftar dan graduan boleh memuat naik resume masing-masing," katanya. Teks ucapan beliau dibacakan Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Pengajian Tinggi KPM, Datuk Prof Dr Roziah Omar di majlis penutup K3G di Universiti Malaya (UM) di sini Ahad. Dr Zaini berkata K3G merupakan program t