Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Belasungkawa

Belasungkawa Pak Long Abdul Manaf Awang Kecik

Imej
Belasungkawa Pak Long Abdul Manaf Awang Kecik. Dapat mesej dari abah tadi. Pak Long Abdul Manaf b. Awang Kecik telah kembali ke rahmatullah pukul 7.30 pagi tadi. Al-Fatihah. Innalillahiwainna ilaihirojiun. Pak Long adalah abang kandung mak. Orang yang paling kreatif pernah aku jumpa. Ciptaan dia paling tak pernah tak memuaskan hati aku sejak dari kecik. Tu belum cerita sejarah Baling dan kampung kami khususnya. Mana yang takde dalam kepala dia. Kalau dari kecik memang aku banyak dok belajar dengan tok wan. Bila membesar dengan Pak Long. Nampaknya last Aidilfitri ja aku dapat jumpa kali terakhir dengan Pak Long. Masa ni Pak Long dan Mak Long dua dua terlantar. Pun digagahkan diri untuk bangun masa kami datang ziarah. Raya Haji, Hujung tahun memang ditakdirkan aku tak berupaya nak balik ke kampung walau dah siap ready semua dah. Semoga rohnya sentiasa dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama orang yang beriman. --- #terbaeekkk ‎#kipidap #‎mknaceunlimited‬ #‎mknace‬ ‎#blogger‬ #‎phot

Belasungkawa Ummi Rosida binti Mohd Zain

Imej
Belasungkawa Ummi Rosida binti Mohd Zain. Dapat mesej dari ex student aku tadi. Dengan rasa penuh takzim  dimaklumkan bawa Ummi Rosida binti Mohd Zain mantan pengetua KUSESS yang ke-3 telah kembali ke rahmatullah pukul 5 pagi tadi. Jenazah akan dikebumikann di Kelantan. Al-Fatihah. Innalillahiwainna ilaihirojiun. Ummi adalah gelaran bagi bos kedua sepanjang perkhidmatan aku ni semasa di KUSESS. Banyak mengajar aku erti kehidupan sebenar, terutama kesabaran dalam melaksanakan tugasan yang diberikan. Semoga rohnya sentiasa dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama orang yang beriman. --- #terbaeekkk ‎#kipidap #‎mknaceunlimited‬ #‎mknace‬ ‎#blogger‬ #‎photography‬ #‎photoblog‬ ‎#‎SJCAM‬ ‎#SJ4000‬ #J3‬ ‎#Samsung‬ ‎#GalaxyCamera ‎#altek ‬#‎cubic‬ #love‬ ‎#followme‬ #‎beautiful‬ #‎blogoftheday‬ #fun‬ #like‬‎ #life‬ #colorful‬‎ #photooftheday‬ #‎MyExperience #‎mknaceunlimited,‬ #‎mknace‬, ‎#blogger,‬ #‎photography,‬ #‎photoblog,‬ #‎MyExperience‬,

Belasungkawa Abang Azlim Mokhalati

Imej
Belasungkawa Abang Azlim Mokhalati. Semalam. Lewat malam. Pak Cik Mis dan Pak Busu datang ke rumah. Abang Alim dah takde. Dah lama dia sakit. Ketumbuhan dalam otak. Mama amik cuti hari ni. Aku setelkan yang lain. Hantar inaz dan iqi terus ke opis. Selesai urusan pagi mama call dah dimandi. Aku terus gerak balik. Time off jap. Kebumi dalam jam 11 pagi tadi. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang yang beriman dan soleh. Terima kasih pada semua yang hadir pada hari ini.

Belasungkawa Pak Cik Salahuddin Md Lazim

Imej
Belasungkawa Pak Cik Salahuddin Md Lazim. Semalam ke Hospital Enche' Besar Hajjah Khalsom kat Kluang. Ziarah sepupu abah, Pak Cik Din. Masa raya dia datang beraya. Raya pertama. Jalannya agak pelik. Aku tanya. Dia kata baru lepas minor stroke. Banyak bergambar raya hari tu dengan famili. Masa nak balik aku sempat tegur. Kenapa pakcik nak drive. Tadi bukanka anak yang bawa. Dia senyum ja. Semalam datang ziarah. Penuh mesej pasal dia masuk ward. Rupanya dari hari Selasa warded. Saluran darah ke otak dah pecah. Darah beku hampir separuh otak. Borak ngan mak cik Zie. Dah tak boleh buat apa kata doktor. Cuma kata sebarang perkembangan maklum la kat aku. Lepas tu gerak ke STF melawat Iqa. Balik rumah. Tertido. Penat. Sekali lewat petang masuk mesej. Pak Cik Zie dah takde. Jam 2.45 petang. Kebumi lepas maghrib. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang yang beriman dan soleh.

Belasungkawa Pn Mastura Osman

Imej
Belasungkawa Pn Mastura Osman. Lam jam 12.15 tadi, tetiba galaxy aku bunyik. Mesej dari Awi. Simple ja. "as salam pn mastra osman mastura meninggal smlm tahu x". Biar betui. Call guru data sekolah dia nak mintak kepastian. Sorry ekkk.. Cakap simple simple ja sebab nak tahu sengsangat. Confirm. Mastura dah tak ada lagi. Serangan jantung, dan dikebumi pada jam 11 pagi. Senang Tuhan amik nyawa sekarang. Tak kira usia, tak kira ada sakit ka sihat ting tong. Ingatan untuk aku juga ni. Apa pun memang lama berkenalan dengan cikgu Mastura ni. Sejak dari sejawatan sebagai GPB. Aku kat Kusess, dia kat Johor. Bos hampir sama pesen dan ragam. So, selalu sesama share pengalaman. Last picas ni pun kira perjumpaan dan sumbangan terakhirnya pada kami diperingkat negeri, taklimat SPS untuk daerah Kota Tinggi. Semoga rohnya sentiasa dicucuri rahmat oleh Allah dan ditempatkan bersama roh orang-orang yang beriman. Via Blogger PC Edisen Enjoice...Sharing is power!!!