Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Bengkel Verifikasi

Bengkel Verifikasi dan Taklimat Pelaksanaan Sub Modul Infrastruktur Data bagi EMIS

Imej
Bengkel Verifikasi dan Taklimat Pelaksanaan Sub Modul Infrastruktur Data bagi EMIS. Kami memilih untuk jalankan taklimat dan verifikasi bertempat di salah sebuah sekolah yang terlibat. Tujuannya mudah. Supaya selepas tu kita dapat terus tengok lokasi bersama. Terima kasih pada unit pembangunan yang turut serta dalam bengkel kali ni. Kita mulakan dengan sarapan pagi di lokasi glamer di Kulai. Apa lagi kalau bukan Nasi Lemak Wak Kentut. Kekeke. TQ team PKG belanja makan. Selesai sarapan kami berpecah. Team ICT ke PKG dan team maklumat ke sekolah. TQ tuan pengetua belanja sarapan lagi di sekolah. Moga murah rezeki. Sesi taklimat pengisian dimulakan dan disambung dengan perbincangan bersama unit pembangunan. Kami seterusnya melawat kawasan terutama kawasan yang ditagging jingga dan merah untuk diverifikasi bersama dengan team pembangunan. Alhamdulillah. Kerjasama yang sangat memberansangkan dari pembangunan. Selesai je kami amik late lunch kat Briyani Roket. Aku pun meraba juga cari lok

Bengkel Verifikasi Data dan Maklumat Modul Pengurusan Guru, Murid dan Sekolah Zon Selatan 2015 - Day 3

Imej
Bengkel Verifikasi Data dan Maklumat Modul Pengurusan Guru, Murid dan Sekolah Zon Selatan 2015 - Day 3. Alhamdulillah. Selesai sudah sesi perbengkelan. Kami dah murnikan sedikit SOP dan utiliti semakan ralat EMIS yang baharu. Harap rakan-rakan di zon lain akan membantu membuat penambahbaikan lagi dalam membantu memartabatkan pengurusan data di sekolah kelak.

Bengkel Verifikasi Data dan Maklumat Modul Pengurusan Guru, Murid dan Sekolah Zon Selatan 2015 - Day 2

Imej
Bengkel Verifikasi Data dan Maklumat Modul Pengurusan Guru, Murid dan Sekolah Zon Selatan 2015 - Day 2. Penumpuan hari kedua lebih kepada bidang kerja masing-masing. Bagi kami, sebagai urusetia dan pemegang Modul Pengurusan Sekolah; bengkel dimulakan dengan pemurnian SOP. Walau target asal, selesai jam 10.00 pagi; tapi terpaksa didrag sampai jam 1.00pm. Sebelah petang baru dapat beri tumpuan pada query-query yang khusus bagi penyemakan dan menentusah bagi data dan maklumat bagi modul pengurusan sekolah.

Bengkel Verifikasi Data dan Maklumat Modul Pengurusan Guru, Murid dan Sekolah Zon Selatan 2015 - Day 1

Imej
Bengkel Verifikasi Data dan Maklumat Modul Pengurusan Guru, Murid dan Sekolah Zon Selatan 2015 - Day 1. Bengkel dijalankan bertempat di Hotel New York, Johor Bahru bermula semalam. Kumpulan dipecahkan mengikut modul yang diuruskan masing-masing pada sebelah petangnya. Manakala pada slot sebelah malamnya, semua peserta dikumpulkan untuk mendengar amanat oleh Pengarah BPSH. Kita sambung esok pulak.