Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Berlepas Ke Madinah

Kumpulan Pertama 237 Jemaah Haji Johor Berlepas Ke Madinah

Imej
Kumpulan Pertama 237 Jemaah Haji Johor Berlepas Ke Madinah Kumpulan pertama 237 jemaah haji Johor berlepas ke Madinah dari Lapangan Terbang Antarabangsa Senai, di sini pada pukul 3.55 petang semalam. Pengerusi Jawatankuasa Agama negeri, Abd Mutalib Abd Rahim berkata mereka berlepas menggunakan pesawat Malaysia Airlines MH8016. Baki seramai 163 jemaah haji lagi pula akan berangkat ke Tanah Suci hari ini. "Setiap bakal haji ini telah diberi peruntukan dari kerajaan negeri sebanyak RM6,040 untuk menampung kos tambang. "Ia merupakan usaha yang telah dilaksana sejak 1952 dengan beberapa syarat termasuk penerima harus berkhidmat di negeri ini sekurang-kurangnya 15 tahun," kata beliau. -- BERNAMA Via Blogger PC Edisen Enjoice...Sharing is power!!!