Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Bermula!

KEMBARA MAHKOTA JOHOR EDISI Ke-20 : Bermula!

Imej
KEMBARA MAHKOTA JOHOR EDISI Ke-20 : Bermula! DYMM Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar mengetuai konvoi sejauh 808 kilometer, merentasi kesemua 10 daerah selama empat hari dengan pengisian pelbagai aktiviti bersama rakyat. Sepanjang program berlangsung, Baginda akan diiringi DYMM Permaisuri Johor, Raja Zarith Sofiah Binti Almarhum Sultan Idris Shah dan Keluarga DiRaja Johor. Buat julung kalinya, Tuanku Sultan Ibrahim akan memandu kereta klasik beroda tiga Morgan buatan Britain. Pelbagai aktiviti disusun sepanjang penjelajahan yang turut disertai Menteri Besar, Dato Mohamed Khaled Nordin, barisan Exco Kerajaan Negeri, pemimpin kerajaan dan pegawai kanan Kerajaan Johor. KMJ 2017 bermula di Dataran Majlis Bandaraya Johor Bahru dan seterusnya merentasi Kota Tinggi dan Mersing pada hari pertama sejauh 195km. Layari FB Rasmi Sultan Ibrahim Sultan Iskandar untuk mengikuti perkembangan terkini. --- #terbaeekkk ‎#kipidap #‎mknaceunlimited‬ #‎mknace‬ ‎#blogger‬ #