Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Bihun Masjid

JAKIM sahkan Bihun Masjid tidak mempunyai sijil halal

Imej
JAKIM sahkan Bihun Masjid tidak mempunyai sijil halal. Satu-satu terbongkar. Apa nak jadi sekarang ni? Petikan dari Berita Harian :  http://www.bharian.com.my/bharian/articles/2014061106430320140611064303/Article ‘Bihun masjid’ tiada sijil halal JAKIM Oleh Petah Wazzan Iskandar dan Syed Azwan Syed Ali Kilang didakwa kotor menjijikkan Kuala Lumpur: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) mengesahkan produk ‘Bihun Istimewa’ yang menggunakan lambang masjid tidak mempunyai sijil halal. Pengarah Bahagian Hab Halal JAKIM, Hakimah Mohd Yusoff, berkata pemeriksaan dibuat selepas pihaknya menerima aduan orang awam mengenai isu kilang bihun kotor dan jijik guna logo halal yang tersebar di laman sosial. “Produk ini didapati menggunakan logo halal sendiri pada pembungkusan yang bertentangan dengan Akta Perihal Dagangan 2011, Perintah Perihal Dagangan (Perakuan dan Penandaan Halal) 2011. “Syarikat terbabit bukanlah pemegang sijil pengesahan halal Malaysia dan tidak pernah mempunyai sijil h