Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Bil.1/2017

Bengkel Verifikasi EKMLTK Johor Bil.1/2017

Imej
Bengkel Verifikasi EKMLTK Johor Bil.1/2017. Selesai di Segamat, terus shoot ke Batu Pahat. Sambung dengan bengkel EKMLTK ni. Actually dari pagi. Lebih kepada persediaan daerah yang akan mula verify mulai minggu depan. Sekolah terlibat. Data terlibat. Semuanya kita perjelas dan dibincangkan. Setel. Balik. Sempat singgah Ayer Hitam.

Mesyuarat Jawatankuasa Buku Program, Banner, Bunting, Publisiti dan Seranta Hari Guru Kebangsaan 2017 Bil.1/2017 JPN Johor

Imej
Mesyuarat Jawatankuasa Buku Program, Banner, Bunting, Publisiti dan Seranta Hari Guru Kebangsaan 2017 Bil.1/2017 JPN Johor. Semalam. Alhamdulillah. Mesyuarat pertama dapat dijalankan. Terima kasih atas kehadiran semua ahli jawatankuasa dan wakil pencetak. Kami juga dapat task membantu membuat pemilihan bagi konsep hari guru. Semalam banyak masa diluangkan dalam membuat penambahbaikan bagi konsep asas hari guru. Dalam pada masa designer buat perubahan, kami sambung mesyuarat berkaitan pembahagian tugas yang mana aku pecahkan pada 3 JK Kecil iaitu Buku Program, Rekacipta dan Publisiti. Lama juga kami berkampung petang tu. Dah sampai semua berdiri nak sampaikan pendapat dan pandangan. 5.30 petang baru dapat kata putus. Kami la orang terakhir tinggalkan aras 6 petang tu. Hehehe.