Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Boboiboy Musim 3 bermula 19 Januari 2014

Boboiboy Musim 3 bermula 19 Januari 2014

Imej
Boboiboy Musim 3 bermula 19 Januari 2014 Program animasi 3D terbitan Animonsta ini kini kembali dengan musim baharu di TV3 bermula 19 Januari setiap hari Ahad jam 7.00 malam sebanyak 18 episod. Apakah yang akan terjadi sekiranya identiti adiwira BoBoiBoy dan rakan-rakannya terbongkar? Susulan daripada musim kedua dimana BoBoiboy berjaya menumpaskan robot pemusnah ciptaan Ejo Jo telah membangkitkan kemarahannya. Ejo Jo bukan sahaja tampil untuk bersemuka dengan BoBoiBoy malah dia juga mencuri kuasa Gopal, Yaya dan Ying untuk menentang BoBoiBoy. Ejo Jo yang kini lebih berkuasa dan kebal dengan kuasa baharu yang diperolehi telah melakukan serangan bertubi-tubi terhadap BoBoiBoy.  Bukan itu sahaja, Ejo Jo juga berjaya menemui potensi kuasa yang dimiliki oleh Gopal, Yaya dan Ying sehingga membebaskan perisai kuasa yang sukar ditembusi. Hanya bertarung keseorangan tanpa bantuan daripada Gopal, Yaya dan Ying, BoBoiBoy menghadapi masalah untuk menangkis serangan Ejo Jo dan dia mula