Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Cukai Barang dan Perkhidmatan

SIARAN MEDIA : KEMENTERIAN KEWANGAN MALAYSIA - PENGENAAN CUKAI BARANG DAN PERKHIDMATAN PADA KADAR SIFAR

Imej
SIARAN MEDIA : KEMENTERIAN KEWANGAN MALAYSIA - PENGENAAN CUKAI BARANG DAN PERKHIDMATAN PADA KADAR SIFAR Kementerian Kewangan telah menetapkan bahawa bekalan barang dan perkhidmatan yang dibuat di dalam Malaysia serta barang dan perkhidmatan yang diimport yang dikenakan Cukai Barang dan Perkhidmatan ( Goods and Services Tax – GST ) pada kadar standard 6% akan dikenakan GST pada kadar sifar (0%) . Langkah pengenaan GST pada kadar sifar ini berkuatkuasa mulai 1 Jun 2018 dan terpakai di seluruh negara sehingga dimaklumkan kelak . Penetapan tersebut tidak meliputi barang dan perkhidmatan yang disenaraikan di Perintah Cukai Barang dan Perkhidmatan (Pembekalan Dikecualikan) 2014 yang kekal dikecualikan dari GS T . Sehubungan itu, semua peniaga yang berdaftar perlu mematuhi penetapan pengenaan kadar sifar ini. Pada masa yang sama, peniaga yang berdaftar juga masih tertakluk kepada semua peraturan semasa yang ditetapkan antaranya berkenaan pengeluaran inbois cukai , penghantaran penyata

Sultan Johor Titah Pelaksanaan CBP Harus Sentiasa Dikaji

Imej
Sultan Johor Titah Pelaksanaan CBP Harus Sentiasa Dikaji JOHOR BAHARU, 7 Mei (Bernama) -- Sultan Johor Sultan Ibrahim menegur kerajaan negeri dan pihak berkuasa tempatan (PBT) kerana mengenakan Cukai Barang dan Perkhidmatan (CBP) ke atas perkhidmatan yang diberikan kepada rakyat. "Saya minta kerajaan negeri dan PBT supaya tidak mengenakan CBP terhadap perkhidmatan yang diberikan kepada rakyat dan meminta pengecualian daripada kerajaan persekutuan," titah baginda ketika merasmikan pembukaan penggal persidangan ketiga Dewan Undangan Negeri Johor ke-13, di sini Khamis. Baginda bertitah adalah tidak masuk akal untuk mengenakan CBP ke atas perkhidmatan sedemikian memandangkan perkhidmatan kerajaan adalah tanggungjawab asas kepada rakyat dan tidak wajar ia menjadi beban kepada rakyat. Pelaksanaan CBP yang bermula sebulan lepas juga harus sentiasa diteliti dan dikaji mengikut kesesuaian keadaan, titah baginda. Mengenai pelaksanaannya, baginda bertitah kajian mendalam t