Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel DIY

Kad Raya Grafix Howse Pick-Up

Imej
Kad Raya Grafix Howse Pick-Up. Pagi Jumaat. Cuba drive sendiri. Ngantor mama gi nusa perintis. Success. Haaa... boleh la melangkah jauh sikit. Dah sampai uda. Tapi ada sikit perit bahagian tapak kaki. Takpe. Sikit je kot. Sampai grafix howse. Terus masuk dan amik kad raya yang dah siap. Lama bertapa ni. Aku ngantor sebelum aku sakit. Dah siap pun aku peram dulu. Dah boleh drive cenggini baru leh gi amik. Hehehe. Cuma. Jalan masih cepat lenguh. Kesan antibiotik maybe.

DIY film protector and soft case for SJ4000

Imej
DIY film protector and soft case for SJ4000. Ni ler gunanya mender yang aku beli kat daiso pagi tadi. All for the SJ4000 yang aku suka bawak gitu ja sekarang ni. Tapi ni kerja amatur lah kan. Siap ada bubble gitu. kui kui kui... will improve next! maybe.

Aeon Bukit Indah Shopping DIY stuff and minum minum

Imej
Aeon Bukit Indah Shopping DIY stuff and minum minum. Mama ajak lepak sini jap. Layan baju kebudaks dan bakal si comel. Sesambil tu layan transformer jap. Pastu cam biasa. Ke daiso. Carik barang yang best ikut mata aku. Dapat la beg kamera cenonet sama protector film untuk projek petang ni

Perbesar laluan masuk

Imej
laluan perlu dibesarkan. clear semua halangan OK. Hari ni semua dah cuti. Tinggal kami ja. So... kita besarkan lauan masuk. Memula semua pasu pasu dan tayar dipindahkan ke belakang rumah. Pastu clearkan pokok. Dah setel baru sediakan kawasan dan... campur simen, tuang dan ratakan... Setel... ps : hapdet sesambil layan alvin & the chipmunk 2 dengan kebudaks... tak kisah la... lagi cool kot dan tak yah layan scene api dan asap... Via Blogger PC Edisen Enjoice...Sharing is power!!! kawasan dah ready mula proses ucu terus menggaul kasi gaul sampai rata gaul gaul ok.. kasi sebati ok.. dah boleh digunakan pindah ke kereta sorong untuk mudah kerja tuang simen sebelum diratakan dah setel dah...

DIY : Reset semula counter MP145

Imej
Foto diambik dari asmoa6.izihost.org Tensen giler hari ni. Mana taknya. Akhirnya Error paling hebat untuk MP145 pun dah kuar. Error 27. Memang tokleh nak wat paper dah. Error 27 ni kuar bila absorber dah totally full. Eleh.. setakat counter jer kan. Kalau Error 8 keluar, kita masih boleh tekan butang Color untuk bypass problem nih.. Tapi kalau dah Error 27, memang kena reset counter balik. Browse untuk solution>>>> Gambo ambik dari http://www.dokterprinter.com Jenuh search pakcik google. Banyak solution jumpa. Semua sama. Tapi bila try.. hampeh.. Apa salah la pulak ni.. Sekali cari kat makcik youtube.. Baru jumpa.. Kena nengok jugak gamaknya.. Kaedah dia.. 1. Tekan kedua-dua butang ON/OFF dan Stop/Reset. Jangan lepas sampai butang ON/OFF menyala lampu hijau. 2. Lepas buang Stop/Reset sahaja. 3. Dengan jari masih di butang ON/OFF, tekan butang Stop/Reset dua kali. 4. Lepas butang ON/OFF. Tunggu indikator jadi 0. 5. Tekan Stop/Reset empat kali.

DIY - Name label

Imej
Tarikh : 22 November 2010 Masa : 12.45 tengahari Tempat : Lam rumah den Mood : Suka hati Dymo ni memang dah glamer dari dulu lagi. Untuk buat label nama la kan. Kalau dulu zaman aku sekolah dulu la. Siap ada yang buat sales tu. Satu huruf seposen. Perghhh.. sambutan hangat tuh.. Labeler ni memang dah lama aku beli. Setiap tahun aku memang buat label nama tampal kat barang-barang bebudak nih.. Kebetulan semalam kat tesco, aku nampak label dia. Banyak pilihan kaler lak tu. Murah dari harga yang sebenar. Tu yang beli dua kaler lagi tuh, kaler biru sama hijau.. Hari ni sibuk la buat label nama untuk iqa, inaz dan mama.. Klik untuk cerita penuh Ziqri memang pantang nampak bender pelik cenggini.. sibuk nak kejar la tu Bukan baru beli.. tapi aku guna anually.. tu pasal bersimpan lam plastik aje.. Usia labeler ni pun dah nak masuk 3 tahun.. Tu yang orang selalu tanya aku tu.. Ko beli barang tak guna ka.. pasal barang aku semua nampak cam baru ja Tambah dua kaler

DIY - Servis Wira

Imej
Tarikh : 22 November 2010 Masa : 10.00 pagi Tempat : Dopan umah jo Mood : Pergghhh Ucu pagi ni sibuk dengan urusan serbis menyerbis keter. Keter wira aje. Sendiri bikin kos jimat sikit. Barang semua beli kat kedaipart. Memang dapat murah. Kalau kat kedai dah baper dia taruk. Tu lum masuk kos upah lagi kan.. Go go go Ucu.. Klik untuk cerita penuh Dah tersusun dah semua tool kat luar tuh Hai.. siap mintak bantuan pomen tambahan ka Ucu memang tak jek keter nih.. mesti penat sikit punya Dah cam nak skodeng apa ntah dah nih Pakai castrol magnetec tuh.. aik.. memang aku pun pakai minyak ni jugak da Bukak apa menantang ntah tu.. tapi bila servis memang kena ganti baru benda alah ni.. aku pun tak ingat la pulak nama dia Minyak hitam pun dah mula kuar.. dengan tangan tangan itam bukak skru dia Tuang masuk minyak baru Waaa... Siap bergambar kenangan tu bersama minyak hitam castrol.. ucu ucu.. Enjoice...Sharing is power!!!

Projek Door Visor Wira Ucu

Imej
Tarikh : 5 September 2010 Masa : 3.30 petang Tempat : Garaj keter Mood : Jengjalan cari pasal Dah lama dah vidor pintu keter wira aku nih. Bila dapat kat ucu macam-macam projek baru yang dibikin kat keter wira nih. Hari tu tukar pemijak kaki yang kat pintu tuh. Pastu aksober baru ditukarnya. Dah terjongket ke depan keter wira nih. Semalam dia masukkan pemegang gelas kat tempat aircond tuh. Paling baru nilah.. Visor lama tu dikopeknya pasal nak ganti dengan yang baru, lebar cam yang aku pasang kat savvy nu ha.. Tanya kedai, kedai nak RM20 untuk bersihkan bekas double sided untuk visor lama.. Tu la pasal ucu wat sendiri. Tenyeh pakai petrol, pasal kalau pakai thinner, takut meleleh; habis rosak cat.. Tapi baru tau kenapa kedai amik RM20.. Penat tu weeiii... Klik untuk cerita penuh Lap petrol tu kat semua bekas tinggalan double sided tape Tenyeh sesikit Getah tu akan kembang dan mudah dikopek Kena buat berperingkat.. sabo Mula la buat muka huduh t

Operasi : Ariel 4 tingkat

Imej
Dah lama dah ariel 4 tingkat aku ni terbalik. Tapi pasal takde tangga masa tu la.. Terus tak naikkan balik. Pastu kes takde masa la pulak. Pagi ni macam best lak untuk tegakkan semula ariel 4 tingkat aku yang terbalik lepas ribut lama dulu.. Ambik tangga.. ucu yang naik. Pastu aku naik dan kait jer turun ke bawah.. Dah tinggal lagi dua tingkat, ucu take over. Besi penyokong memang dah patah tiga. Pergghh.. giler.. pastu ucu gi beli besi baru yang lebih kuat. Masalah dia.. camner nak pasang balik. Memang berat giler.. mana taknya.. ariel ada 4 tingkat.. memang untuk aku amik channel singapore dan indon. Last-last taruk jer ler kat atas bumbung melintang jer cenggitu. Of coz la dah alih-alih ariel ke semua arah dulu kan.. Test kat tv... yeaayyy.. dah dapat tengok tube.. iqa ngan inaz la yang paling gumbira. tube ni cam disney channel kat astro tu.. yippeee.. Enjoice...Sharing is power!!!