Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel DOKUMEN AWAL PELAN INDUK PEMBANGUNAN PROFESIONALISME KEGURUAN

DOKUMEN AWAL PELAN INDUK PEMBANGUNAN PROFESIONALISME KEGURUAN

Imej
DOKUMEN AWAL PELAN INDUK PEMBANGUNAN PROFESIONALISME KEGURUAN. Pembangunan profesionalisme keguruan merupakan keperluan dalam usaha memantapkan keupayaan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) melaksanakan tugas dengan cekap dan berkesan dalam pelbagai peringkat kerjaya. Pelan Induk Pembangunan Profesionalisme Keguruan (PIPPK) yang dibangunkan merupakan dokumen bagi membantu PPP merancang pembangunan kerjaya dan pembangunan profesionalisme berterusan. PIPPK bersifat fleksibel untuk memenuhi keperluan kompetensi individu, keperluan organisasi dan standard semasa yang dilaksanakan secara sistematik dan bersepadu. PIPPK dapat memberi panduan bagi memotivasikan PPP untuk meningkatkan kompetensi diri mengikut kecenderungan dan keperluan demi mengekalkan prestasi kerja yang terbaik. Pelan ini merupakan strategi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bagi memastikan PPP terus kekal berkualiti sepanjang perkhidmatan. Menerusi pelan ini, profesion keguruan diharap dapat diperkasakan dan me