Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel De Kasturi Cafe

De Kasturi Cafe

Imej
Setel semua kat damansara aliff. Lebih kurang jam 1.10 kami bertolak tinggalkan sekolah. Hmmm.. Kalau masuk ke ppd time cenggini memang cari bala. Time ni mak bapak penuh depan ppd. Ngambik anak anak balik sekolah. Hmmm. Dah nama pun time rehat. Cik Mohd Shah ajak gi lunch, tempat spesel katanya. Ngikut ajer la. Rupanya makan kat sekolah spastik johor. Hmmm.. first time nih aku masuk sini. Memang terbuka jugak la mata nengok keadaan penghuni kat sini. Kalau kat sekolah dulu tahap sederhana ja. Kat sini lebih pada tu. Kami makan kat de kasturi cafe. Boleh tahan. Harga pun murah. Banyak volunteer jer yang makan kat sini. Kata cik mohd shah, banyak ex guru, guru yang dah pencen jadi volunteer kat sini. Tu yang dia pun tahu tempat ni. Memang terbaeekkk!!!! untuk cermin diri kita kat sini. Rasa sangat bersyukur atas nikmat yang diberikan.