Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Design Summit 3.0

DDEC anjur Design Competition sempena Design Summit 3.0

Imej
DDEC anjur Design Competition sempena Design Summit 3.0 KUALA LUMPUR, 28 Sept (Bernama) -- Pusat Reka Bentuk Malaysia (DDEC) akan menganjurkan Design Competition sempena Design Summit 3.0 yang akan berlangsung selama tiga bulan bermula 1 Oktober sehingga 31 Disember ini. DDEC dalam satu kenyataan pada hari ini berkata Design Competition adalah khusus untuk menggalakan penghasilan idea-idea yang inovatif, kreatif dan asli dalam bidang reka bentuk produk dan reka bentuk pembungkusan. Pertandingan ini terbuka kepada tiga kategori iaitu Profesional, siswazah Universiti dan kolej serta pelajar Sekolah Menengah. Menurut kenyataan tersebut, untuk menyertai pertandingan ini, setiap kategori peserta dikehendaki membayar yuran penyertaan sebanyak RM100 (Profesional), RM50 (Universiti/Kolej) dan RM10 (pelajar Sekolah Menengah). Antara hadiah menarik yang bakal dimenangi adalah iMac berukuran 27 inci, iPad Mini dan Retina Display. Para pemenang akan diadili berdasarkan idea-idea ya