Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Disemak

Status Permohonan Kemasukan Ke IPTA Boleh Disemak Mulai Hari Ini

Imej
Status Permohonan Kemasukan Ke IPTA Boleh Disemak Mulai Hari Ini Status keputusan permohonan kemasukan ke institusi pengajian tinggi awam (IPTA) bagi program pengajian lepasan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dan setaraf boleh disemak mulai hari ini, 11 Ogos 2015. Ketua Pengarah Jabatan Pendidikan Tinggi Kementerian Pendidikan Tinggi Datuk Prof Dr Asma Ismail berkata keputusan itu boleh disemak melalui lima laman web iaitu http://upu.mohe.gov.my , https://jpt.utm.my , http://jpt.uum.edu.my , https://jpt.unimas.my dan http://jpt.ums.edu.my mulai 12 tengah hari. "Calon juga boleh menghubungi hotline 03-88706767, helpline di talian 03-88706777 atau talian am 03-88706755/6766 serta melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) dengan menaip UPU RESULT (No Kad Pengenalan) dan SMS ke 15888," katanya dalam kenyataan di sini hari Isnin. Beliau berkata pihak IPTA akan mengeluarkan surat tawaran rasmi kepada calon berjaya mulai Rabu ini, dan mereka dikehendaki membuat pe