Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Dua Lagi Individu Ditahan Malam tadi

Kebocoran UPSR 2014 : Updated 18 September - Dua Lagi Guru Ditahan Di Bedong, Kedah

Imej
Kebocoran UPSR 2014 : Updated 18 September - Dua Lagi Guru Ditahan Di Bedong, Kedah Terkini setakat 18 September. 2 lagi ditahan - 2 guru lelaki dari Bedong. KUALA LUMPUR, 18 Sept (Bernama) -- Polis menahan dua guru lelaki petang Khamis berhubung kes kebocoran soalan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) bagi matapelajaran Sains dan Bahasa Inggeris, menjadikan jumlah tangkapan 14 orang setakat ini. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur SAC Gan Kong Meng berkata kedua-dua guru berusia 48 dan 51 tahun itu ditahan di Bedong, Kedah pada 5 petang tadi bagi membantu siasatan. "Setakat ini, 14 orang yang ditahan adalah 12 guru, seorang agen insurans dan seorang jurutera," katanya dalam kenyataan di sini, malam ini. Polis turut merampas gajet komunikasi milik kedua-dua guru itu. Sehingga kini, seramai 22 individu telah dipanggil untuk memberi keterangan termasuk enam pegawai Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM), masing masing seorang wartawan, ejen insurans dan jurut

Kebocoran UPSR 2014 : Dua Lagi Individu Ditahan Malam tadi

Imej
Kebocoran UPSR 2014 : Dua Lagi Individu Ditahan Malam tadi Terkini setakat 18 September. 2 lagi ditahan - 1 guru wanita dari Labis, dan 1 guru lelaki dari Nilai. SAC Gan Kong MengKUALA LUMPUR, 17 Sept (Bernama) -- Polis menahan dua lagi individu malam ini berhubung kes kebocoran soalan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) bagi matapelajaran Sains dan Bahasa Inggeris, menjadikan jumlah tangkapan 12 orang setakat ini. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur SAC Gan Kong Meng berkata dua individu terbabit merupakan seorang guru wanita berusia 26 tahun dan seorang guru lelaki berusia 31 tahun. "Guru wanita itu ditahan pada 7 malam di Labis, Johor manakala guru lelaki itu ditahan pada 7.30 malam di Nilai, Negeri Sembilan untuk membantu siasatan," katanya dalam kenyataan di sini, Rabu malam. Turut dirampas daripada mereka ialah gajet komunikasi milik kedua-dua guru itu. Gan berkata mereka akan dibawa ke mahkamah Putrajaya pagi esok untuk direman. Sehingga kini, ser