Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Dua Lagi Kertas Peperiksaan UPSR Didakwa Bocor

Kebocoran UPSR 2014 : Updated 21 September - Dua Lagi Kertas Peperiksaan UPSR Didakwa Bocor

Imej
Kebocoran UPSR 2014 : Updated 21 September - Dua Lagi Kertas Peperiksaan UPSR Didakwa Bocor Terkini setakat 21 September. Dua Lagi Kertas Peperiksaan UPSR Didakwa Bocor - Bahasa Tamil dan Matematik. KUALA LUMPUR, 21 Sept (Bernama) -- Polis hari ini menerima laporan mengenai dakwaan kebocoran dua lagi kertas soalan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) iaitu kertas Bahasa Tamil dan Matematik. Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Tajuddin Md Isa berkata dua laporan polis berhubung kebocoran dua kertas ini telah dibuat oleh pegawai Lembaga Peperiksaan di Balai Polis Presint 7, Putrajaya, pukul 11 pagi tadi. "Polis telah menerima laporan itu hari ini dan akan menyiasat," katanya ketika dihubungi Bernama di sini, Ahad. Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur SAC Gan Kong Meng ketika dihubungi berkata kes kebocoran terbaharu itu akan disiasat oleh pasukan sama yang sedang menyiasat kes kebocoran kertas Sains dan Bahasa Inggeris yang dilaporkan bocor sebelum