Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel EKMLTK

SK Pulau Aur, Mersing : Kajian Elaun Khas Mengikut Lokasi dan Tahap Kesusahan (EKMLTK)

Imej
SK Pulau Aur, Mersing : Kajian Elaun Khas Mengikut Lokasi dan Tahap Kesusahan (EKMLTK). Pulau Aur. Hampir dua puluh empat jam kami berada di sini. Memang memberi pelbagai pengalaman baharu pada aku actually. Daripada mulanya kami disambut Guru Besar sehinggalah kami pulang setelah selesai kajian, kami amat berterima kasih atas layanan mesra yang diberikan kepada kami sepanjang kami berada di situ. Banyak masa terluang dihabiskan dengan menjelajah pulau untuk melihat sendiri keadaan dan suasana di sini. Banyak cabaran yang dilalui oleh guru-guru di sini dalam membangunkan anak bangsa.

SK Pulau Pemanggil, Mersing : Kajian Elaun Khas Mengikut Lokasi dan Tahap Kesusahan (EKMLTK)

Imej
SK Pulau Pemanggil, Mersing : Kajian Elaun Khas Mengikut Lokasi dan Tahap Kesusahan (EKMLTK). Pulau Pemanggil. Leh tahan travel ke sini dengan bot. Nampak Pulau Tioman on the way ke situ. Pulau Pemanggil ni dinamakan sebegitu disebabkan masa nak membukanya, terdengar bunyi paluan gong memanggil ke pulau berkenaan. Tu cerita lama lah kan. So. Alhamdulillah. Laut tenang sepanjang laluan. Cuma bila lepas Tioman tu a bit rough. Tu pun orang pulau kata biasa biasa aje. Sampai di situ kami disambut oleh Guru Besar yang menanti di jeti. Kat sini komunikasi masih OK. Aku yang pakai digi pun masih dapat menerima panggilan tugasan dari tanah besar. Layan aje lah kan. Sempat la on laptop dan tethering on henpon untuk siapkan tugasan ringkas. Sesi kajian bermula. Aku bersama team murid macam biasa. Tahap 2 ada 3 orang aje. Masing-masing seorang di setiap darjah. Penduduk dah makin kurang di sini. Kemungkinan tahun depan pun dah takde murid tahun 1 dan yang ke bawah. Sempat meronda sambil menden

SK Peta, Mersing : Kajian Elaun Khas Mengikut Lokasi dan Tahap Kesusahan (EKMLTK)

Imej
SK Peta, Mersing : Kajian Elaun Khas Mengikut Lokasi dan Tahap Kesusahan (EKMLTK). 17 September. Seawal 6 pagi kami dah mula gerak ke Kahang yang terletak di Kluang sebagai lokasi berkumpul sebelum gerak masuk ke Peta. Selesai sarapan kami bergerak ke pejabat renjer dan berkonvoi masuk. Sampai di sekolah, kajian terus dilaksanakan oleh Puan Nasitah selepas taklimat ringkas daripada Guru Besar sekolah. Aku ambil peluang untuk meronda sekitar kawasan. Alhamdulillah. Selesai semua around jam 1 petang. Gerak keluar dan ambil late lunch di Kahang. Boleh tahan penat pergerakan yang sepenuhnya on bumpy road. Esoknya cabaran baharu pula menanti. Sekolah pulau!

Mesyuarat Analisa EKMLTK 2017

Imej
Mesyuarat Analisa EKMLTK 2017. 30 Mei lepas selesai semua berkaitan EKMLTK yang kami usahakan sejak dari awal tahun. Alhamdulillah. Dua tahun lagi baru jumpa semula pasal ni. Dan aku ada bincang ngan bos pasal tu. Aku nak wat video dokumentasi pulak pas ni bagi menguatkan lagi evidens. Y paling suka sekali dalam meeting hari ni. Hehehe.