Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Edisi purba : Adik Inaz new bike

Edisi purba : Adik Inaz new bike

Imej
Edisi purba : Adik Inaz new bike. Tanggal 4 Julai yang lepas, akhirnya impian adik inaz nak dapat basikal baru tercapai. Basikal ni hadiah hari jadi dia. Puas merengek nak basikal. Tapi merengek lebih pada bila nak gi beli basikal. Kat Gelang Patah ni, aku sendiri jadi pening nak beli basikal, lepas kedai basikal kat Nusa Perintis tu tutup. Nak beli kat Tesco atau Giant cam tak baper best. Sib baik teringat kedai otai kat pekan lama tu. So, pakat ke sana milih basikal. Pilih punya pilih yang pink ni yang paling adik inaz berkenan. Layankan ajer la. Pasal gi naik almera, aku pun saja nak tengok skill dia; aku soh dia kayuh sampai ke rumah. Hehehe. Melelong lelong tuh. First time kayuh basikal beso. Selama ni kayuh beskal kocik ja. Pastu esoknya toksah citer aa.. pepagi lagi ajak kakak dia meronda. Tu pun terhoyong hayang la. Adik, adik.