Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel En. Halil

Majlis Jasamu Di Kenang Khas En. Halil & En. Azman

Imej
Majlis Jasamu Di Kenang Khas En. Halil & En. Azman. 30 Oktober lepas kami buat majlis khas di Mersing. Sempoi sempoi aje. Khusus untuk meraikan kedua-dua pegawai ICT dan Maklumat Mersing yang akan bersara tahun ni. Masak pun sendiri sendiri aje. Janji kita dapat bersama dengan dua pegawai paling otai dalam group ICT ni. Alhamdulillah. Semua berjalan lancar malam ni. Dua chef terkenal dengan bakat terpendam berjaya dikenalpasti. Siap pakai topi bruno mars gitu. Fotografer pun kita import khas dari pertubuhan fotografer terkenal dunia. Sakan la si mus dengan adi berposing. Hehehe. Layan. Seronok dengar cerita dari awal pembabitan keduanya. Of coz dari zaman pakai floppy disk 5.25 inch tu. Kekeke. Jutaan terima kasih pada keduanya atas sumbangan dan penglibatan selama ini. Tahniah dan terima kasih. Selamat bersara for both.