Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Fauzi

Fauzi : 20180629 Kenangan Bersama

Imej
Fauzi : 20180629 Kenangan Bersama. Maybe ni first time korams nengok posting aku pasal si Fauzi ni. Lepas ni pun memang tak akan ada lagi dah pasal dia. 3 hari dia datang rumah aku. Hari kedua aku amik gambo ni. Petangnya dia kena serang ngan Sitam Dol. Memang perang beso. Esoknya aku nengok dia duduk termenung dekat penjuru dinding. Angkat. Woooo. Cedera parah weh perut dia kena kekah ngan Sitam Dol. Aku letak je dia terus lari. Nyorok kat bawak kereta mama. Esoknya. Ada jiran cakap. Ada kucen mati kena lenyek kereta. Sekali nengok dia ada kat depan tayar kereta aku. Kereta aku mana gerak pun. Mati bukan pasal kena lenyek, tapi sebab cedera teruk kena ngan Sitam Dol tu. Sian dia. Harus dia sengsara nahan derita tu.

Perginya seorang sahabat seperjuangan

Imej
Maybe ni gambo last kami bersantai bersama masa mesyuarat di Muar Tak sangka. Baru Khamis lepas aku bersama ngan Fauzi. Verifikasi data EMiS negeri di Pasir Gudang. Last sebelum aku balik, tetiba dia peluk aku dan kata dia akan rindukan aku. Aku tergamam ja dan senyum. Sempat lagi bergurau tu. Tak sangka tu memang perkataan akhir dia pada aku. Nyesal jugak pasal apa aku nak jugak balik petang tu, sedangkan aku masih boleh balik sebelah malamnya. Memang dah takdir Tuhan. Pagi tadi memang aku bersama bos-bos maklumat bergerak ke Batu Pahat bersama. Sampai ja rumahnya, dah selesai disembahyangkan. Tapi memang Tuhan nak jugak kami menatap wajahnya buat kali terakhir. Dapat kami tengok sebelum dikebumikan. Memang sedih. Kemalangan semasa pulang dari setting server baru di PPD jam 12 malam hari Sabtu. Bertembung dengan Hilux yang terbabas, dipandu pemandu mabuk; dan lari dari tempat kejadian. Tak sangka. Malam tu jugak buat post mortem dan paginya dikebumikan di Banang Jaya. Apa pun aku