Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel GEMILANG TANAH PERMATA Pementasan di Istana Budaya

GEMILANG TANAH PERMATA Pementasan di Istana Budaya

Imej
GEMILANG TANAH PERMATA Pementasan di Istana Budaya. Gemilang Tanah Permata bermaksud kegemilangan adat resam budaya puncak kejayaan bagi sesebuah kelompok masyarakat,negeri dan negara sementara Tanah Permata pula membawa maksud Johor yang satu masa dikenali sebagai Jauhar dengan makna Tanah Permata. Gemilang Tanah Permata adalah sebuah produksi persembahan yang diikat dan dijalinkan dengan jalan cerita (story line) yang berilhamkan dari rentetan sejarah negeri Johor. Perpindahan pesat kerajaan dari Teluk Belanga ke Tanjung Puteri,pembangunan dan kestabilan ekonomi dan perjuangan bangsa merupakan inspirasi karya dan cetusan idea yang membawa mesej-mesej yang sarat dalam tema Tamadun Johor. Gemilang Tanah Permata akan dijayakan oleh 170 orang Artis dan peserta dari Johor serta lebih 50 orang tenaga kreatif yang lain hasil gabungan Yayasan Warisan Johor dan Istana Budaya. Antara nama besar yang akan menjayakan Gemilang Tanah Permata ialah artis-artis kelahiran Johor seperti Ayai Il