Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel GURU : PENCETUS KREATIVITI

GURU : PENCETUS KREATIVITI, PENJANA INOVASI dipilih sebagai Tema bagi Sambutan Hari Guru Kali Ke-43 Tahun 2014

Imej
GURU : PENCETUS KREATIVITI, PENJANA INOVASI dipilih sebagai Tema bagi Sambutan Hari Guru Kali Ke-43 Tahun 2014 1. DEFINISI: 1.1. GURU : Kata GURU merangkumi semua warga pendidik yang menyumbang khidmat bakti dalam semua bentuk institusi pendidikan yang menjadi penggerak serta pendukung kepada pembangunan pendidikan neqara. 1.2. PENCETUS : Merujuk maksud peranan untuk menimbulkan sesuatu ilham/idea atau mengeluarkan sesuatu seperti ilmu. Guru bertindak sebagai pencetus idea kepada kreativiti dalam usaha melahirkan generasi intelek. 1.3. KREATIVITI : Didefinisikan sebagai penghasilan idea, kebolehan untuk mencipta atau proses pemikiran yang mendorong dalam pencetusan idea baru dan berdaya kreatif. 1.4. PENJANA: Merujuk maksud guru sebagai penggerak atau perantara yang paling penting dalam proses transformasi ke arah keberhasilan. 1.5. INOVASI: Didefinisikan sebagai pengaplikasian kreativiti, pembaharuan, modifikasi, kaedah dan sistem bagi mencari jalan untuk menghasilkan p