Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Galeria@Kotaraya

UTC Johor, Galeria@Kotaraya : Passport Iqa

Imej
UTC Johor, Galeria@Kotaraya : Passport Iqa. Pagi tadi jam 10 pagi kami tiba ke UTC untuk urusan passport Iqa. Imigresen kat Aras 2. Suruh iqa beratur ngan inaz untuk semakan dokumen dan ambil nombor. Laju jugak. Dapat nombor 1078. Awal pagi pun dah nombor 78 tu. Hehehe. Dokumen yang pasti kena bawah semestinya kad pengenalan dan salinannya, sijil lahir dan salinannya; juga kad pengenalan aku dan salinan sebab iqa masih bawah umur. So. Tunggu la kami kat situ sampai nombor dipanggil. Selesai pendaftaran, tunggu dokumen diluluskan. Dah lulus baru nombor dipanggil semula untuk proses pembayaran. Alhamdulillah. Jam 10.30 nombor iqa dipanggil. Selesai pembayaran, baharulah proses 1 jam dokumen disiapkan itu bermula. Tengok resit. 11.30 pagi baru siap. So. Off to kota tinggi dulu la. Jangan rugikan masa menunggu aje kat sini tak buat apa-apa kan. Gedebak gedebuk lepak kat kota tinggi dan perjalanan balik semula ke UTC, jam 2.50 petang kami sampai. Masukkan resit dalam kotak kat kaunter