Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Garis Panduan Langkah-Langkah Mengoptimumkan Perbelanjaan Kerajaan

Garis Panduan Langkah-Langkah Mengoptimumkan Perbelanjaan Kerajaan

Imej
Garis Panduan Langkah-Langkah Mengoptimumkan Perbelanjaan Kerajaan Berkuatkuasa 1 Mac 2016. Bagi memastikan perkembangan ekonomi negara terus kukuh dengan kedudukan fiskal yang mampan, langkah-langkah proaktif dan instruktif wajar dilaksanakan secara bersepadu oleh semua pihak. Kementerian/ jabatan/ agensi dikehendaki menyusun semula keutamaan program/ aktiviti masing-masing supaya sejajar dengan agenda nasional. Tujuan pekeliling ini adalah untuk memastikan semua Ketua Setiausaha Kementerian/ Ketua Jabatan/ Ketua Badan Berkanun/ Ketua Eksekutif Syarikat Terhad Dengan Jaminan (CLBG) dan Ketua Agensi-agensi lain yang menerima peruntukan Kerajaan Persekutuan untuk melaksanakan langkahlangkah mengoptimumkan perbelanjaan Kerajaan. Pegawai Pegawal hendaklah memastikan agar badan berkanun, CLBG dan badan bukan Kerajaan (NGO) di bawah seliaan kementerian/ jabatan untuk menerima pakai garis panduan ini sebelum peruntukan disalurkan. Sila muaturun garis panduan menerusi pautan berikut