Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Gebooz Gedikz

Gebooz Gedikz : 20180306 Pergi tak kembali

Imej
Gebooz Gedikz : 20180306 Pergi tak kembali. Nampaknya. Ni adalah entry terakhir yang dapat aku coret pasal Gebooz. Takde lagi kucen yang nak panjat belakang aku lepak meronda macam biasa cenggini. Takde lagi la kucen mentel bulu tebal yang nak dibelai manja oleh semua keluarga aku. Iqa mana main kucen lain kecuali si gebooz ni. Baru nak manja manja. Mana lagi ada kucen yang nak digentel telinga tetambah ngan si inaz. Takde lagi la dengar suara dia ngiau nak makan ikan setiap subuh dan maghrib. Tetambah bila bau atuk. Kekadang siap ikut atuk gi surau. Pagi tadi dia kena langgar moto masa nak lintas jalan. Masa nak gi berkumpul ngan team kucen kayo kat depan rumah. Dah takdir kan. Selama ni asyik kena marah aje. Tak reti reti nak lintas jalan laju laju. Ngengada je mentel melintas. Pagi ni dah tak dapat nak buat apa lagi. Memang dah takdir dia macam tu. Tak sempat dia nak merasa duduk kat rumah baru. Mungkin banyak hikmahnya. Tak lama dia bersama kami. Baru nak masuk 2 tahun bulan 7 n

Gebooz Gedikz : 20180219 Mat Bunga

Imej
Gebooz Gedikz : 20180219 Mat Bunga. Boleh pulak dia gi dok melepak tepi bunga. Enjoy pulak tu. Mama kata dah leh wat hantaran dah ni. Aku kata apsal ko nak membunga ni haaa!

Gebooz Gedikz : 20180127 Habit

Imej
Gebooz Gedikz : 20180127 Habit. serius. aku dok perati je budak bulu sekor ni. Kalau aku letak baldi aje haram dia buat tak tau je. Once aku letak kaki, menggelumpur dia lari ke baldi dan minum air. Kata orang ada la rezeki tu.

Gebooz Gedikz : 20180209 Bengkerk

Imej
Gebooz Gedikz : 20180209 Bengkerk. Muka tokleh blah. Mana taknya. Kena tinggal satu hari penuh. Marah la tu. Kekeke. Tu pun. Bila aku rendam kaki, menggelempar lepaskan diri dan terkedek kedek lari datang ke baldi rendaman. Cam biasa la.

Gebooz Gedikz : 20180130 Kontrol Comel

Imej
Gebooz Gedikz : 20180130 Kontrol Comel. Balik rumah terdengkot-dengkot. Tengok kaki. Kaki sampai tersiat panjang. Mana aje la ko merayap ni booz. Nak rotan tangan eh. Biasa dia. Kena marah dok buat muka kesian pulak. --- #terbaeekkk ‎#kipidap #‎mknaceunlimited‬ #‎mknace‬ ‎#blogger‬ #‎photography‬ #‎photoblog‬ ‎#‎SJCAM‬ ‎#SJ4000‬ #J3‬ ‎#Samsung‬ ‎#GalaxyCamera ‎#altek ‬#‎cubic‬ #love‬ ‎#followme‬ #‎beautiful‬ #‎blogoftheday‬ #fun‬ #like‬‎ #life‬ #colorful‬‎ #photooftheday‬ #‎MyExperience #‎mknaceunlimited,‬ #‎mknace‬, ‎#blogger,‬ #‎photography,‬ #‎photoblog,‬ #‎MyExperience‬,

Gebooz Gedikz : 20180124 Lepakan Sphinx

Imej
Gebooz Gedikz : 20180124 Lepakan Sphinx. Hmmm. Hari ni aku coti. Jadi satu hari yang panjang untuk aku berfikir. Tentang diri, masa depan, keluarga, kerjaya. Maybe lepas ni juga korams akan dapati aku nyer posting akan sedikit berbeza. Mungkin lebih panjang, penuh bebelan dan sebagainya. Aku akan pastikan korams akan tahu lebih tentang gambar yang aku kongsi berkenaan. Gambar ni asalnya biasa biasa aje. Gambo si gebooz ngengade lunjur kaki dia kat aku. dia jadi amat bermakna bila nengok inaz tatap ngan sedih masa lam wad itu hari. Abah. Rindu la kat booz katanya. Gambar ni diambil sebelah malamnya sebelum inaz masuk wad pada Khamisnya tu. Memang Gebooz ni ngengade. Jumpa aku lain ngengadenya. Jumpa atuk lain ngengadenya. Paling ngengade bila jumpa inaz la. Tetiba rasa sebak. Inaz jarang sakit teruk. Sampai kena tahan wad gini pulak tu. Pastu dia mula sedih. Sepanjang hari dikelilingi doktor aje. Nak mama. Nak gebooz. Sib baik aku masih simpan lagi gambo ni. Biasanya aku dah dele

Gebooz Gedikz : 20180120 Menghendap

Imej
Gebooz Gedikz : 20180120 Menghendap. Balik tadi nampak dia dok menghendap hujung parit tu. Sampai aje dia dah melepak. Terkejut aku dok depan dia. Marah la tu.

Gebooz Gedikz : 20180114 Pokcips Kembali

Imej
Gebooz Gedikz : 20180114 Pokcips Kembali. Lama juga dia tak minum air lam baldi rendam kaki ni. Ada la beberapa hari. Ada hari yang dia merayap keluar. Ada yang dia tertido udang rimo. Tetiba pagi ni dia datang. Terus lepak minum. Haiissshhh.

Gebooz Gedikz : 20180113 Buli

Imej
Gebooz Gedikz : 20180113 Buli. Sakan ye deme ni. Dari abah dia, sampai anak dia. Semua nak gentel aku. Haishhh. Tak suka. Tak suka. anak dia lagi teruk. Boleh pulak dia panjat cari aku yang sedang menyorok ni. Ish ish ish. Sib baik dapat geget tangan dia. Padan muka.

Gebooz Gedikz : 20180112 Udang Rimo

Imej
Gebooz Gedikz : 20180112 Udang Rimo. Pergghhhh. Dia punya sejuk... Macam udang rimo daaa tido. Masa cenggini je la suka kena peluk.

Gebooz Gedikz : 20180104 Membongkak

Imej
Gebooz Gedikz : 20180104 Membongkak. Hahaha. Meme muka riak lagi bongkak tu.

Gebooz Gedikz : 20171230 Lepak santai menyirap

Imej
Gebooz Gedikz : 20171230 Lepak santai menyirap. Dia memang suka minum air lam baldi ni. Tetambah bila aku masukkan sekali kaki dalam tu. Korams apa tau. Hahaha.

Gebooz Gedikz : 20171229 Perebutan Kuasa

Imej
Gebooz Gedikz : 20171229 Perebutan  Kuasa. Asalnya diaorang borak borak santai aje. Sekali Gebooz leh pulak tersebut Accounting depan Abah Cinet. Selaku Bendahari Kehormat Syarikat MLM Team Kucen Kayo yang kantoi Course 4 Accounting Analytic, Abah Cinet tetiba hangin sudah mari. Terus gomol gomol kat situ. Gebooz rileks je. apadehal kucen cekeding cenggini. Selamba badak je dia lempang lempang manja si Abah Cinet. Lagi la orang tu temper. Eh eh. Orang dah hangin ni ko leh wat lawak badut sarkas ko pulak ye. Siap kaki naik muka lak tu. Hahaha. Gebooz sambung lagi gomol gomol manja. Makin temper brader tu. Aku nengok dah lain macam hangin dia. Gebooz dok wat selamba badak dia lagi. Last last abah cinet pasrah. Terus dia mengaku kalah dan lari balik rumah. Boleh pulak si Gebooz kejo dia. Ko ni tak paham bahasa ke gemuk?

Gebooz Gedikz : 20171226 Melepek

Imej
Gebooz Gedikz : 20171226 Melepek. Seharian beb melepek. Langsung tak gerak. Mamai je. Sakit bontot le tu. Imunisasi tahunan dan aku soh tambah ubat cacing pasal dia dah selalu merayap keluar meronda tak pakai kasut. Kekeke. Malam. Bangun. Gi minum air suam aku rendam kaki tu macam biasa. Punya lama. Dahaga tul ni. Pastu. Terus cargas. Super aktif. Kekeke.

Gebooz Gedikz : 20171222 Meet The Boss of Team Kucen Kayo

Imej
Gebooz Gedikz : 20171222 Meet The Boss of Team Kucen Kayo. Hehehe. Posin atas keter tau. Muka kena bongkak sikit. Ko ado? Ganas aaa.. Memula dia lepak kat jalan. Ngendap burung. Ingat leh tangkap ke burung atas wayar letrik tu. Sesilap keras tergigit wayar. Hahaha.

Gebooz Gedikz : 20171218 Lepek

Imej
Gebooz Gedikz : 20171218 Lepek. Terkangkang je kerjanya. Bila aku rendam je kaki. Harus la dia datang menyibuk nak minum. Semalam saja aku isi separuh aje. Memang nak nak uji dia. Betul betul dia usaha nak minum jugak. Haiissshh.

Gebooz Gedikz : 20171110 Mula menyelia

Imej
Gebooz Gedikz : 20171110 Mula menyelia. Gambo masa memula projek mula dulu. Layan.

Gebooz Gedikz : 20171212 New Habits

Imej
Gebooz Gedikz : 20171212 New Habits. Kalau tak melepek atas peti sejuk yang setinggi bangunan kondominium kucen setinggi 18 tingkat ni, sahih la dia datang minum air rendaman kaki tuan dia. Haisshhh. Apo la nak jadi ngan ko ni booz!

Gebooz Gedikz : Santai Peti Sejuk

Imej
Gebooz Gedikz : Santai Peti Sejuk. Alang alang lepak, biar tinggi. Bak kata pujangga, belajar kena tinggi tinggi. Tu yang gebooz pun sibuk nak lepak tinggi tinggi jugak. Mana tau jadi lagi pandai daripada sitam gangster tu. Kan. Tuah ayam nampak di kaki, tuah kucen sapa nak tau. Pastu. Nampak aku rendam kaki, terus datang cam biasa; terus minum dengan muka selamba bongkak dia. Mana tau tuah air rendaman kaki kan. Hahaha

Gebooz Gedikz : Hikmat Tidur Tapa Peringkat Mentel Berganda

Imej
Gebooz Gedikz : Hikmat Tidur Tapa Peringkat Mentel Berganda. Pergghh. Ni kalau nak banding ngan hikmat tidur nobita leh kata bagai langit dengan bumilah. Memang hebat sifu team kucen kayo ni. Pantang ada orang lalu terus buat baringan terkangkang dia tu. Hahaha. Sempat aku tanyakan. Boleh sifu tunjuk dengan gerakan ala ala slow motion peringkat 7. Boleh aje. Dengan gaya selamba bongkak. Terus dia naik ke sofa hijo. Tarik bantal dan terus tido terkangkang dalam kiraan 3 aje. Hahaha. Len kali aku tunjuk pulak gaya dia menghendap dari sebalik sofa hijo atau yang terkini menghendap rusa dari cadar katil ungu peringkat 20.