Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Gerai air tebu flat lima kedai

Gerai air tebu flat lima kedai

Imej
Dah banyak dah entri yang aku ceritakan pasal gerai air tebu lima kedai ni, tapi banyak kali jugak berenti tak dirancang dan kamera pun memang tak bawak. Semalam, kebetulan berenti; kamera aku ada. Tapi lambat la pulak aku keluarkan. Yang paling best, aku bawak 70-300mm. Tak kena la pulak. Kira OK ajer la. Daripada tarak langsung, better ada walaupun close-up jer kan. Tapi aku jalan jauh kebelakang la jugak untuk mengambil gambar penuh. Tu pun dapat tak dapat la. Ni paling jauh dah aku jalan ni. Kalau belakang lagi samada aku dah masuk lam hutan sawit atau aku berdiri tengah jalan. Antara yang dijual kat sini air tebu la. Dia pun ada jual cendol gak. Tapi bagi aku cendol dia biasa-biasa jer. Kuih-muih pun ada. Dan yang baru aku dapat hari ni... Rojak Petis. Mama yang suka pasal dia letak tauhu. Aku memang tak makan tauhu, tapi yang lain semua suka tauhu.. Kira nice la dia nyer rojak ni. :: Klik untuk cerita penuh :: Dah settle dah beli air tebu, dok sibuk mengoder rojak petis.. Hampas