Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Gerhana Bulan Penumbra Pada Malam 23 Mac - Angkasa

Gerhana Bulan Penumbra Pada Malam 23 Mac - Angkasa

Imej
Gerhana Bulan Penumbra Pada Malam 23 Mac - Angkasa. KUALA LUMPUR, 21 Mac (Bernama) -- Rakyat Malaysia berpeluang menyaksikan fenomena Gerhana Bulan Penumbra yang akan berlaku pada Rabu ini (23 Mac). Ketua Unit Komunikasi Korporat Agensi Angkasa Negara (ANGKASA) Wan Hakimah Abd Rahim dalam satu kenyataan di sini berkata fenomena gerhana tersebut hanya mula dapat disaksikan apabila bulan mulai terbit pada pukul 7.21 malam sehingga 9.55 malam ketika bulan keluar sepenuhnya dari bayang penumbra bumi. "Ini merupakan gerhana bulan pertama tahun ini dan diameter bulan yang dilihat adalah lebih kecil daripada diameter purata bulan memandangkan gerhana berlaku 2.1 hari sebelum bulan berada pada kedudukan paling jauh dengan bumi atau kedudukan "Apogi" 77.5 peratus. "Bulan akan melintasi bayang penumbra Bumi semasa fasa maksimum," katanya. Beliau berkata pihak ANGKASA; Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi dengan kerjasama Starfield Instruments Supply akan m