Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel HEBAHAN

EKSA JPN Johor : Hebahan dan pemasangan banner Gotong-Royong Perdana

Imej
EKSA JPN Johor : Hebahan dan pemasangan banner Gotong-Royong Perdana. Hari ni dah mula all out. Hebahan dah mula dibuat menerusi portal, emel rasmi, media sosial, papan kenyataan dan menerusi ahli jawatankuasa mengikut zon. Banner yang siap pun dah mula dinaikkan mulai petang tadi. Harap program akan berjalan seperti yang dirancang. All the best to all.

HEBAHAN TAWARAN PERMOHONAN UNIT PERUMAHAH PENJAWAT AWAM 1MALAYSIA (PPA1M) DI BUKIT JALIL, MUKIM PETALING, DAERAH KUALA LUMPUR, WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR

Imej
HEBAHAN TAWARAN PERMOHONAN UNIT PERUMAHAH PENJAWAT AWAM 1MALAYSIA (PPA1M) DI BUKIT JALIL, MUKIM PETALING, DAERAH KUALA LUMPUR, WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR Projek PPA1M Bukit Jalil kini telah dibuka untuk permohonan. Projek PPA1M ini adalah merupakan yang julung kalinya dilaksanakan di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Sehubungan itu, Unit RUMAWIP dan PPA1M, Bahagian Pembangunan Sosio Ekonomi, Kementerian Wilayah Persekutuan ingin membuka tawaran kepada seluruh anggota penjawat awam yang berminat untuk memohon unit PPA1M tersebut. Bersama-sama ini disertakan maklumat-maklumat berkaitan projek PPA1M Bukit Jalil untuk rujukan dan tindakan selanjutnya. Permohonan dibuka sehingga 28 Februari 2015 . Sebarang pertanyaan lanjut boleh menghubungi Nurul Syahirah binti Abu Bakar di talian 03-8889 7805 atau Zanariyah Muhammad Zain di talian 03-8889 7849 / ppa1m@kwp.gov.my