Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Happy Thaipusam 2018

Happy Thaipusam 2018

Imej
Happy Thaipusam 2018 pada semua pengunjung blog yang beragama Hindu. A little bit about Thaipusam yang aku petik dari Pusat Maklumat Rakyat. Thaipusam adalah sambutan yang diraikan sebagai hari kebesaran "Dewa Muruga". Muruga turut digelar dengan nama-nama yang lain, termasuk Skanda, Subramaniya, Karthikeya dan Shanmuga. Thaipusam diraikan pada Bulan 'Thai' dalam kalender Hindu, dimana hari sambutan jatuh ketika Bulan melintasi Bintang 'Pusam'. Ia sekaligus membawa kepada pengertian "Thai" + "Pusam". Yakni, kejadian bulan melintasi bintang Pusam pada bulan Thai. Sambutan ini didedikasikan kepada Muruga menerusi beberapa mitos. CERITA DISEBALIK THAIPUSAM Thaipusam diraikan saban tahun bersempena dengan hari Dewi Parvathi memberikan "VEL" kepada Muruga bagi menewaskan 'Tharakasuran'. Ini susulan 'doa' yang dizahirkan mereka yang dianiaya Tharakasuran kepada Dewa Shiva yang kemudiannya mengarahkan Muruga me