Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Harga Runcit

Harga Runcit Ron95, Ron97 Dan Diesel Turun 10 Sen Bagi Ogos

Imej
Harga Runcit Ron95, Ron97 Dan Diesel Turun 10 Sen Bagi Ogos KUALA LUMPUR, 31 Julai (Bernama) -- Harga runcit petrol RON95, RON97 dan diesel turun 10 sen seliter bagi Ogos 2015 berkuat kuasa tengah malam ini (1 Ogos). Harga baharu RON95 ialah RM2.05 seliter, RON97 pula RM2.45 seliter selepas Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST), dan diesel RM1.95 seliter. "Harga tersebut berkuat kuasa mulai 12.01 pagi, 1 Ogos ini," kata Timbalan Presiden Persatuan Penjual Pengusaha Stesen Minyak Malaysia Datuk Zulkifli Mokti ketika dihubungi Bernama. Makluman ini sekali gus menafikan penyebaran tidak bertanggungjawap di media sosial oleh pihak tertentu yang mendakwa kerajaan telah menaikkan harga ketiga-tiga bahan api setinggi 35 sen seliter. Dakwaan itu menggunakan "Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan" sebagai sumber maklumat tersebut. -- BERNAMA Via Blogger PC Edisen Enjoice...Sharing is power!!!