Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Hari Ini

Status Permohonan Kemasukan Ke IPTA Boleh Disemak Mulai Hari Ini

Imej
Status Permohonan Kemasukan Ke IPTA Boleh Disemak Mulai Hari Ini Status keputusan permohonan kemasukan ke institusi pengajian tinggi awam (IPTA) bagi program pengajian lepasan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dan setaraf boleh disemak mulai hari ini, 11 Ogos 2015. Ketua Pengarah Jabatan Pendidikan Tinggi Kementerian Pendidikan Tinggi Datuk Prof Dr Asma Ismail berkata keputusan itu boleh disemak melalui lima laman web iaitu http://upu.mohe.gov.my , https://jpt.utm.my , http://jpt.uum.edu.my , https://jpt.unimas.my dan http://jpt.ums.edu.my mulai 12 tengah hari. "Calon juga boleh menghubungi hotline 03-88706767, helpline di talian 03-88706777 atau talian am 03-88706755/6766 serta melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) dengan menaip UPU RESULT (No Kad Pengenalan) dan SMS ke 15888," katanya dalam kenyataan di sini hari Isnin. Beliau berkata pihak IPTA akan mengeluarkan surat tawaran rasmi kepada calon berjaya mulai Rabu ini, dan mereka dikehendaki membuat pe

Permohonan BR1M 2015 dibuka bermula hari ini

Imej
Permohonan BR1M 2015 dibuka bermula hari ini 1 Disember 2015. Anda boleh rujuk di bawah untuk mengetahui syarat-syarat kelayakan serta cara pembayaran BR1M 2015. Jangan lupa untuk memohon atau mengemaskini permohonan anda dengan mengunjungi laman rasmi https://ebr1m.hasil.gov.my/

Lebih 450,000 Calon Duduki Ujian Bertulis PT3 Hari Ini

Imej
Lebih 450,000 Calon Duduki Ujian Bertulis PT3 Hari Ini KUALA LUMPUR, 13 Okt (Bernama) -- Sebanyak 453,413 calon menduduki Ujian Bertulis Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) yang julung kali diadakan di 2,608 pusat peperiksaan seluruh negara, bermula hari ini hingga Khamis (16 Okt). Menurut kenyataan Lembaga Peperiksaan Kementerian Pendidikan, ujian bertulis bagi peperiksaan yang menggantikan Penilaian Menengah Rendah (PMR) itu meliputi 12 mata pelajaran termasuk Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Sains dan Pendidikan Islam. Mata pelajaran selebihnya ialah Kemahiran Hidup Bersepadu, Bahasa Arab, Bahasa Cina, Bahasa Tamil, Bahasa Kadazandusun, Bahasa Iban dan Bahasa Punjabi. "Pengurusan dan pemeriksaan skrip jawapan calon bagi Ujian Bertulis PT3 adalah di bawah tanggungjawab pengetua sekolah. "Bagaimanapun, Lembaga Peperiksaan dan Jabatan Pendidikan Negeri akan menjalankan moderasi pemeriksaaan bagi memastikan kesahan dan kebolehpercayaan skor calon," menur