Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Hari Kebangsaan 2016

Amanat Hari Kebangsaan 2016 Perdana Menteri Malaysia

Imej
Amanat Hari Kebangsaan 2016 Perdana Menteri Malaysia 1. Pertama-tamanya, marilah mengangkat rasa kesyukuran yang amat tinggi, ke hadrat Allah Hu Ta-a’la, kerana pada malam yang bermakna ini, kita diizinkan berhimpun di dewan yang megah lagi bersejarah, menyambut ambang merdeka. 2. Justeru, saya berucap di sini bukan sahaja sebagai seorang Perdana Menteri, atau seorang pemimpin parti, yang lebih utama, saya berdiri sebagai seorang Anak Malaysia. 3. Lalu, di hadapan ribuan hadirin yang dikasihi, dari pelbagai kelompok dan latar belakang berbeza, saya dapat berasakan, saya dapat feel, satu aura luar biasa, a very positive vibe, yang menyalakan semangat nasionalisme, patriotisme dan jatidiri yang mendalam lagi kental. 4. Maka, bagi menghangatkan sambutan malam ini, ayuhlah, ayuhlah, kita berikan, satu tepukan paling gemuruh kepada Malaysia, pertiwi tercinta ini! 5. Saya ingin memulakan amanat Merdeka ini, dengan melontarkan beberapa persoalan. Pertama: Apakah ertinya kem