Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Hutan Bandar MBJB

Selamat Pengantin Baharu Kamarul & Aishah

Imej
Selamat Pengantin Baharu Kamarul & Aishah. Memang kami tercari-cari betul mana la letaknya Rumah Johor ni. Belasah aje. Dari STF aku terus ke sini. Lepak jap kat depan tu. Mama tanya orang lalu lalang. Kami tau tempat mandi je kak. Kekeke. Tengok pelan. Yang paling hujung bangunan kot. Sekali. Wah. Dari Tasik 7 ke Tasik 5. Waduh. Dah sampai tengah tak sanggup lagi aku nak patah balik. Sengal la sikit kaki aku ni kan. Alhamdulillah. Berjaya sampai. Kekeke. Kalau parking depan Rumah Johor pun masih tetap kena menapak. Lebih susah sebab kena mendaki laluan bukit yang lagi curam. Cantik tempatnya. Meriah dipasang pelaminnya. Masuk. Sekali lepak dengan Iskandar. Geng lama kat SMK Taman Bukit Indah dulu. Borak punya borak. Pengantin dah tiba. Serba ungu hari ni. Selesai semua. Kami terus gerak. Hmmm... Nak sambung menapak semulalah ni ye. Layan. Apapun. Tahniah pada kedua mempelai. Semoga kekal berbahagia sehingga ke Jannah.

Yok Jenjalan : Kolam Rekreasi Air, Hutan Bandar MBJB

Imej
Yok Jenjalan : Kolam Rekreasi Air, Hutan Bandar MBJB. Hari ni kami merayap ke Hutan Bandar MBJB. Nak bawak kebudaks pergi berenang katanya. Boleh tahan juga tempatnya. Cuma kena tahan menapak la dari tempat parking sampai ke teres kedua kat tengah-tengah hutan bandar tu. Slow slow aku jalan. Rasa menangkap jugak kat kaki tu. Aiyooo... Sampai aje semua dah tak sabar. Tempat ni percuma ya. Ada la disediakan peti keselamatan bagi yang nak menyimpan barang berharga dengan bayaran RM1. Amaran keras! Jangan pakai kasut dan bawa makanan ke dalam kawasan ni. Tu pun nampak jugak beberapa orang yang buat derk jer jalan dengan kasut dalam kawasan ni dikala semua orang letak kasut kat luar. Lagi satu. Nampak juga plastik pembalut makanan dan sisa popcorn dalam air. Haishhh. Ni ler mentaliti orang kita. Kawasan ni percuma. Maintainance of coz la kurang sikit. Kita selaku pengunjung la yang kena bertanggungjawab atas penjagaan apa yang kita buat kan. Takkan la sebesar alam papan tanda pun tak leh