Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel ICU Brother MFCJ415W Paper Jam Sensor

ICU Brother MFCJ415W Paper Jam Sensor

Imej
ICU Brother MFCJ415W Paper Jam Sensor. Ni kes itu hari. Jadi bengong jap. Semua kertas masuk. Sangkut. Bukak panel utama, tutup. Keluar pulak kertasnya. Ankel gugel kata sensor paper jam rosak. Study cara bukak. Tapi kalau dah nak kena tukar part aku rasa better ngantor servis center. Setelah tilik, belek, bertafakur. Aku pilih ngantor ke pusat servis brother Impian Emas pulak. Letaknya kat Entercc.com. Nak jadi cerita hari ni boleh jem pulak jalan tu. Ada lori tersadai kat depan petronas ke gapo kat susur tun aminah tu. Sejam jugak aku layan jalan dari jb ke impian emas. huhuhuhu. Sampai aje terus dilayan. Staf yang layan aku namanya Stephanie. Borak borak. Bagi detail. Cerita problem bagai. Setel. Masuk ICU. Taktau lagi bila setel. Kena tunggu tech tengok dulu. Kita tunggu call ajer ler. Aku suruh servis sekali pasal abam printer ni dah nak masuk 5 tahun dah ni. Hehehe.