Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel IPG

Persidangan Penyelidikan & Inovasi Pendidikan Kebangsaan IPG Kali Ke-3 2018 : Day 1

Imej
Persidangan Penyelidikan & Inovasi Pendidikan Kebangsaan IPG Kali Ke-3 2018 : Day 1. Hari ni kena wakili KS untuk hadir ke sini. Rezeki aku kot. Tak sangka dapat jumpa Dr. Sam kat sini. Kawan sekerja lama kat KUSESS dulu. 12 tahun beb baru dapat jumpa balik. Anyway. Aku perasan dia masa Timbalan Menteri sampai. Sibuk dia dok amik gambo. Aku pulak dok hujung sebelah kiri macam biasa la. Harus la kena cari masa jugak nak borak ngan dia. Alhamdulillah. Masa lunch dapat jugak kesempatan tu. Dia terus balik ke Cyberjaya lepas tu dan aku, terus sambung layan inovasi kat sini. Leh tahan juga ye. Memang terbaeekkk!!!! Dan esok. Ada satu hari lagi dan jangkaan ulang alik JPN-IPG akan berlaku esok hari. Perrghhhh!

Pengoperasian Educational Research Application System Versi 2.0 (eRAS 2.0) Bagi Permohonan Menjalankan Penyelidikan Di Sekolah, KV, KM, IPG, PPD, JPN Dan Bahagian Di Bawah KPM

Imej
Pengoperasian Educational Research Application System Versi 2.0 (eRAS 2.0) Bagi Permohonan Menjalankan Penyelidikan Di Sekolah, KV, KM, IPG, PPD, JPN Dan Bahagian Di Bawah KPM. Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan (BPPDP), KPM bertanggungjawab mengeluarkan surat kebenaran menjalankan kajian melibatkan sekolah, kolej vokasional, kolej matrikulasi, institut pendidikan guru, pejabat pendidikan daerah, jabatan pendidikan negeri dan bahagian di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia. Bagi meningkatkan kualiti perkhidmatan, BPPDP akan menggunakan Sistem eRAS 2.0 mulai 1 Disember 2017 untuk menerima permohonan dan mengeluarkan surat keputusan permohonan kebenaran menjalankan kajian. Sistem ini boleh dicapai melalui https://eras.moe.gov.my . Walau bagaimanapun Bahagian masih menerima permohonan melalui borang BPPDP 1.2 dan mengeluarkan surat secara manual sehingga 28 Februari 2018. Mulai 1 Mac 2018, semua urusan permohonan kebenaran menjalankan kajian hanya boleh dibuat