Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel IPU Tidak Sihat

Pasir Gudang Antara Tiga Kawasan Catat IPU Tidak Sihat Pagi Ini

Imej
Pasir Gudang Antara Tiga Kawasan Catat IPU Tidak Sihat Pagi Ini KUALA LUMPUR, 24 Sept (Bernama) -- Keadaan jerebu terus melanda negara dengan tiga kawasan merekodkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat setakat 9 pagi ini. Laman sesawang Jabatan Alam Sekitar (JAS) melaporkan Pasir Gudang, Johor mencatatkan IPU tidak sihat tertinggi iaitu 118, diikuti Larkin Lama dengan bacaan 117 dan Samarahan, Sarawak (108). Sejumlah 41 kawasan lain mencatatkan bacaan IPU sederhana antaranya di Sarawak iaitu di Sarikei (98), Kuching (98) dan Tawau (82). Bacaan IPU sederhana turut dicatatkan di Kota Tinggi, Johor (95), Shah Alam, Selangor (85), Kemaman, Terengganu (84) dan Bandaraya Melaka (83). Sementara itu, beberapa kawasan lain mencatatkan bacaan IPU sihat iaitu Sekolah Kebangsaan Jalan Pegoh, Ipoh (48), Tanah Merah, Kelantan (39), Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang (36), Alor Setar, Kedah (32), Langkawi (31) dan Perai, Perlis (28). IPU antara 0 dan 50 adalah baik,