Belanjawan 2019 : Inisiatif berkaitan Kementerian Pendidikan Malaysia
Belanjawan 2019 : Inisiatif berkaitan Kementerian Pendidikan Malaysia. INISIATIF PERTAMA: Dana bantuan pendidikan RM2.9 bilion untuk golongan yang miskin melalui bekalan makanan, buku teks dan bantuan tunai INISIATIF KEDUA: Menaikkan taraf dan menyelenggara semua sekolah dengan peruntukan RM652 juta berbanding RM615 juta tahun 2018, yang meliputi: • SK RM250 juta • SJKC RM50 juta • SJKT RM50 juta • Sekolah Berasrama Penuh RM50 juta • MRSM RM50 juta • SA Bantuan Kerajaan RM50 juta • Sekolah Mubaligh RM50 juta • Sekolah Tahfiz RM50 juta • Sekolah Pondok yang berdaftar RM25 juta • SMJK atau Conforming School RM15 juta • SMPC RM12 juta INISIATIF KETIGA: Potongan cukai * Potongan cukai bagi penyumbang kepada tabung penyelenggaraan sekolah kerajaan dan IPT Awam di bawah KPM * Untuk sekolah dan IPT lain boleh memohon untuk potongan cukai berdasarkan kes demi kes INISIATIF KEEMPAT: Pembinaan sekolah * Dana RM100 juta bagi pembinaan semula sekolah daif di seluruh negara