Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Isnin cuti umum sempena kejayaan KL2017

Isnin cuti umum sempena kejayaan KL2017

Imej
Isnin cuti umum sempena kejayaan KL2017. Tahniah dan terima kasih Malaysia. #KitaJuara #TeamMalaysia #BangkitMalaysia. Alhamdulillah. Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak malam ini mengisytiharkan Isnin 4 Sept ini sebagai cuti khas kerana pencapaian Malaysia yang luar biasa pada temasya Sukan SEA ke-29 Kuala Lumpur (KL2017). "Bukan senang nak bagi cuti sebab Malaysia sudah terlalu banyak cuti. Tetapi kerana pencapaian kita yang luar biasa, sokongan rakyat berbilang kaum yang padu, pencapaian para atlet yang cemerlang. "Maka dengan ini bagi pihak kerajaan saya umumkan cuti umum pada 4 Sept," katanya semasa berucap pada majlis sambutan Ambang Merdeka di Stadium Nasional Bukit Jalil di sini yang berlangsung sejurus selepas majlis penutupan rasmi KL2017. Pengisytiharan itu disambut sorakan kegembiraan oleh ribuan penonton di stadium tersebut. Sementara itu, Najib, dalam kenyataan mengenai perkara itu, berkata kerajaan memutuskan cuti umum itu sebagai me