Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Istiadat pertabalan Sultan Nazrin Muizzuddin Shah sebagai Sultan Perak Ke-35

Istiadat pertabalan Sultan Nazrin Muizzuddin Shah sebagai Sultan Perak Ke-35

Imej
Istiadat pertabalan Sultan Nazrin Muizzuddin Shah sebagai Sultan Perak Ke-35 akan diadakan pada Rabu, 6 Mei tahun depan di Istana lskandariah, Kuala Kangsar. Setiausaha Dewan Ne­­gara Perak, Datuk Ayop Hashim berkata, istiadat pertabalan itu kemudiannya diikuti dengan lstiadat Tabal Pusaka dan lstiadat Bersiram Tabal yang bakal berlangsung pada malam 7 Mei. Jelas beliau, Sultan Nazrin bersama-sama Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim selanjutnya akan berangkat menziarahi makam-makam Sultan Perak terdahulu dan kemudiannya menghilir Sungai Perak dari Pasir Salak sehingga ke Teluk lntan. “lstiadat pertabalan akan berakhir dengan keberangkatan Sultan Nazrin untuk mencecahkan kakibaginda di Beting Beras Basah, tempat pertama Paduka Seri Sultan Muzaffar Shah I (Marhum Tanah Abang 1528-1549), Sultan Perak yang pertama menjejakkan kaki ketika mula sampai di bumi Perak. “Tarikh istiadat ini diperkenankan oleh Sultan Nazrin dengan nasihat Dewan Negara Perak yang bersidang kali ke-1