Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Isu Penjualan Air Kangen Dengan Pelbagai Akuan Kesihatan

Isu Penjualan Air Kangen Dengan Pelbagai Akuan Kesihatan

Imej
Isu Penjualan Air Kangen Dengan Pelbagai Akuan Kesihatan. Alhamdulillah. Akhirnya pihak berkuasa memainkan peranan yang baik dalam menangani isu yang makin menjadi-jadi ni. Aku sebagai rakyat marhaen tumpang gembira. Cukup-cukuplah rakyat dimomok dengan perkara-perkara begini. Kementerian Kesihatan Malaysia mengambil maklum laporan mengenai penjualan air Kangen dengan pelbagai akuan kesihatan yang telah menjadi perbincangan hangat netizen dan telah “viral” di media sosial. Dalam hal ini, Kementerian Kesihatan Malaysia memandang serius pengiklanan makanan yang mengelirukan orang ramai dengan pelbagai akuan kesihatan. Peraturan 360B, Peraturan-Peraturan Makanan 1985 di bawah Akta Makanan 1983 menetapkan bahawa air minuman berbungkus yang dijual perlu dilesenkan terlebih dahulu oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. Kegagalan mematuhi peraturan tersebut adalah satu kesalahan dan jika disabit kesalahan, boleh didenda tidak melebihi RM5,000 atau dipenjara tidak melebihi tempoh dua (2) t