Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel JLEAD 3.0

JLEAD 3.0 : The Last Day

Imej
JLEAD 3.0 : The Last Day. Dah tiba hari last Iqa kat sini. Semalam dia mesej. Balik lambat sikit. Pagi tadi pun call. Tak kisah la. Datang macam biasa. Betul telahan. Kenderaan dah penuh kat depan dewan. Berjaya parking dengan selamba tanpa ukur bak kata mus kat bawah kawasan berbumbung yang ada sedikit penambahbaikan kat kawasan hujung. Lepak nunggu iqa habis. Selesai aje terus dia gerak ke kereta. Jap ye baj. Nak amik beg. Sempat la aku snap sana sini kat sini. Tapi iqa kata dia sangat suka kem ni. Makin berani dan dapat menyesuaikan diri dengan keadaan dan orang di sekeliling. Apa pun. Nanti bila aku dah dapat gambo full kat kem aku upload ye. Sementara ni layan la dulu gambo snap dari kamera aku ye.

JLEAD 3.0 : The Beginning

Imej
JLEAD 3.0 : The Beginning. Semalam. Aku amik half day. Petangnya jam dua dah mula pendaftaran. Gedebak gedebuk, travel, makan semua; 1.30 petang baru dapat gerak ke Gunung Pulai. Kali ni bawak kereta mama aje. Nak tak nak aku kasi henpon kat Iqa untuk jadi aku punya navigator. Sekali. Navigator banyak dok chatting ngan kengkawan dia yang lain; yang juga akan ke sana. Adoiii.. Dah sampai kem lain daa... Keluar balik. Keep on track semula. Alhamdulillah. Sampai jugak kami ke sini. Kui kui kui. Lepak ngan parent yang sama-sama ngantor. Borak borak jap. Pastu. Ngantor jap sampai ke registration. Borak borak jap ngan geng geng kat situ. Rabiah kat pendaftaran dan Ridzuan kat tempat parking. Layan. Pastu terus gerak pulang la. Gedebak gedebuk 3 lebih jugak. Pergghhh...