Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Jabatan Pendidikan Negeri Johor

Jom Senamrobik Warga Jabatan Pendidikan Negeri Johor Bil.3 Tahun 2020

Imej
Jom Senamrobik Warga Jabatan Pendidikan Negeri Johor Bil.3 Tahun 2020. Program rutin bulanan ini kali ketiga kali ni mengambil tempat di Dewan Jauhar JPN Johor. Abe presiden KSK sendiri conduct. Meriah. Mantap. Terbaeekkk!!!!

Jom Senamrobik Warga Jabatan Pendidikan Negeri Johor bil.2/2020

Imej
Jom Senamrobik Warga Jabatan Pendidikan Negeri Johor bil.2/2020. Program rutin bulanan kali ini sekali lagi mengambil tempat di Dewan Jauhar JPN Johor 2 Februari yang lepas. Sahih la makin melampau lamanya baru aku leh hapdet. Kekeke. Apa pun. Program  meriah. Mantap. Terbaeekkk!!!!

Majlis Penyerahan Surat Arahan Penempatan Pegawai dan Anggota Kumpulan Pelaksana di Jabatan Pendidikan Negeri Johor 2019

Imej
Majlis Penyerahan Surat Arahan Penempatan Pegawai dan Anggota Kumpulan Pelaksana di Jabatan Pendidikan Negeri Johor 2019. Alhamdulillah. Kini tiba giliran bagi semua pegawai dan AKP, selain Pegawai Perkhidmatan Pendidikan yang mana telah selesai minggu sebelumnya. Selesai semua arahan penempatan untuk semua pegawai dan AKP bagi Sektor Pengurusan Maklumat. Kebanyakannya kekal di tempat dan portfolio yang sama. Teruskan kecemerlangan.

Perhimpunan Bulanan JPN Johor Bil.8/2019 & Majlis Penyerahan Surat Arahan Penempatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Jabatan Pendidikan Negeri Johor

Imej
Perhimpunan Bulanan JPN Johor Bil.8/2019 & Majlis Penyerahan Surat Arahan Penempatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Jabatan Pendidikan Negeri Johor. Hari ni perhimpunan diurusetiakan oleh SJQ. Last before penstrukturan. Meriah. Tahniah atas penganjuran yang gilang gemilang ini. Selesai perhimpunan, satu majlis taklimat ringkas disampaikan pada semua Timbalan Pengarah dan Ketua Sektor berkaitan penstrukturan baharu sebelum majlis penyerahan surat arahan penempatan (AP) baharu disampaikan. Alhamdulillah. Selesai segala persoalan selama ini. Seramai 83 orang fasa pertama selesai disampaikan AP. Kami bertiga daripada SPMICT masing-masing mengorak langkah ke lokasi baharu. Aku ke Perancangan, Mustakim ke Menengah dan Adi ke Murid. Minggu depan akan sibuklah kami dengan urusan serah tugas dan mengosongkan ruang kerja. Terima kasih atas kerjasama dan sumbangan selama ini pada Sektor Pengurusan Maklumat. Semoga terus cemerlang di tempat baharu. Terima kasih juga pada team SPM yang masi

Program Membudayakan Al Quran JPN Johor : Bacaan Yasin dan Doa Selamat bagi meraikan bakal haji warga Jabatan Pendidikan Negeri Johor

Imej
Program Membudayakan Al Quran JPN Johor : Bacaan Yasin dan Doa Selamat bagi meraikan bakal haji warga Jabatan Pendidikan Negeri Johor. Majlis dijalankan di Surau Al Ghazali, JPN Johor bermula jam 7.45 pagi. Bakal Jemaah Haji JPNJ Tahun 2019 terdiri daripada Cikgu Azman bin Adnan, Pengarah Pendidikan Johor; Puan Siti Norulasikin binti Rahmat, Pembantu Tadbir N19 Unit Perkhidmatan B; dan Puan Faridah binti Ahmad, Pembantu Tadbir N22 Sektor Pengurusan Sekolah. Semoga dipermudahkan segala urusan olehNya dan memperoleh haji yang mabrur. InsyaAllah.

Perhimpunan Bulanan Bil.3/2019 Jabatan Pendidikan Negeri Johor

Imej
Perhimpunan Bulanan Bil.3/2019 Jabatan Pendidikan Negeri Johor. Perhimpunan kali ini diurusetiakan oleh Sektor Penilaian dan Peperiksaan dengan tema "Amalan Berbudi Bahasa dan Nilai-Nilai Murni Teras Kecemerlangan Organisasi". Next urusetia - SKPP.

MESYUARAT PENYELARASAN ICT DAN MAKLUMAT JABATAN PENDIDIKAN NEGERI JOHOR DAN PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH BIL 2 TAHUN 2019

Imej
MESYUARAT PENYELARASAN ICT DAN MAKLUMAT JABATAN PENDIDIKAN NEGERI JOHOR DAN PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH BIL 2 TAHUN 2019. Mesyuarat besar peringkat sektor ni kami awalkan kali ni untuk memberi laluan kepada Ketua Sektor yang bakal berhijrah ke Kementerian Kesihatan Malaysia. Ini merupakan mesyuarat terakhir yang dipengerusikan oleh beliau untuk ICT dan Maklumat. Alhamdulillah. Setakat ni semuanya berjalan mengikut perancangan yang ditetapkan. Beberapa isu baharu seperti beban tugas guru, altitude, pengurusan data berintegriti turut dibincang sama supaya semuanya jelas dan dapat melaksanakan intervensi dengan baik diperingkat daerah kelak. Sempat team ubest menyampaikan cenderahati kenangan kepada KS setelah usai sesi musyawarah hari ni. Semoga ukhuwah yang terjalin selama ini akan sentiasa kukuh.

Bengkel Penyediaan Takwim Jabatan Pendidikan Negeri Johor bagi tahun 2019 menerusi MyGovUC

Imej
Bengkel Penyediaan Takwim Jabatan Pendidikan Negeri Johor bagi tahun 2019 menerusi MyGovUC. Terima kasih pada semua tenaga pengajar, fasilitator, sektor dan contributor yang dilantik untuk pengurusan kalendar jabatan yang telah berjaya menyelesaikan urusan takwim JPN Johor bagi tahun 2019. Kali ni kami bagi ruang dan kelonggaran sedikit. Ada 3 hari untuk review semula sebelum kami kunci. So. akan ada bengkel penyelarasan akhir pulak lepas ni. Tunggu... Foto semua pakai yang puan azmah punya. Layan...

Jabatan Pendidikan Negeri Johor : 20181212 Latihan Kebakaran

Imej
Jabatan Pendidikan Negeri Johor : 20181212 Latihan Kebakaran. Actually. Benda sepatutnya dah ada hanky panky. Siren terbunyi awal. Semua pakat dah turun. Bila diarah naik, kebanyakan duduk kat area bawah sahaja sampai bunyi siren sebenar kedengaran. So. Tak berapa nak cantik la kan, sebab masa kami kosongkan the whole bangunan hanyalah 3 minit. Hehehe. Abam bomba sempat tazkirah pasal kesediaan pasal kami ni macam dah diberitahu awal oleh api. Hehehe. Nanti kita return balik ye abam bomba ensem. Beberapa siri latihan memadam api dibuat. Memang best walau panas. Aku pun dah gerak ke tepi dan duduk kat divider. Abis haus kaki beb.

Kunjungan dan Perjumpaan Khas Yang Berhormat Tn Hj Aminolhuda Hj Hassan Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam dan Pendidikan Negeri Johor bersama warga Jabatan Pendidikan Negeri Johor 2018

Imej
Kunjungan dan Perjumpaan Khas Yang Berhormat Tn Hj Aminolhuda Hj Hassan Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam dan Pendidikan Negeri Johor bersama warga Jabatan Pendidikan Negeri Johor 2018. Majlis dijalankan pada 11 Oktober 2018 yang lepas bertempat di Dewan Seminar, Aras 6, JPN Johor. Majlis dimulakan dengan budaya al-Quran sebelum YB menyampaikan amanatnya. Memang terbaeekkk!!!! Cuma aku yang tak berapa nak bagus sikit pagi ni. Semalamnya memang totally flat. Pagi ni semua gadget aku flat battery sebab satu pun aku tak caj. Kekeke. Tu lum kira muka yang a bit lalok lagi tu. paling terasa adalah kehilangan kamera smart galaxy aku la. Huhuhu. Layan la apa yang ada ya.

Jabatan Pendidikan Negeri Johor : A quick snapshot

Imej
Jabatan Pendidikan Negeri Johor : A quick snapshot. Ni semua gara-gara sampai depan Tasek Apartment la ni. Langit membiru seperti memanggil-manggil yok gi amik gambo. Kaki sengal pun gatal jugak nak jenjalan. Layan aje la. Sesekali terasa rindu pulak ngan Galaxy Camera aku tu.

Majlis Khatam Al-Quran & Iftar Jama'ie Peringkat Jabatan Pendidikan Negeri Johor 2018

Imej
Majlis Khatam Al-Quran & Iftar Jama'ie Peringkat Jabatan Pendidikan Negeri Johor 2018. Petang semalam ada majlis kat Pusat Kokurikulum. Tengah hari tu singgah jap untuk tengok persiapan. Pastu merayap jap cari Fadzil untuk pinjam Clip mic. TQVM bro. Balik ke Pusat Ko. Setting dan sempat wefie beb. Petang. Sampai awal. Lepak jap nunggu majlis mula. Tadarus jalan on-time. The Big Boss dan YB Exco tiba. Ada majlis penyerahan sumbangan sikit. Selesai ja dapat dengar amanat dari YB Exco. Leh tahan. Lepas maghrib makan lam dulang beb. Meriah. Then aku balik. Ada hutang lum tunai. Ubat aku yang patut makan masa sahur yang terpaksa dilupakan sebab aku bangun lepas azan Subuh. Penat semalam la tu kononnya. Kekeke.

Jabatan Pendidikan Negeri Johor : Penghargaan Hari Guru 2018

Imej
Jabatan Pendidikan Negeri Johor : Penghargaan Hari Guru 2018. Tadi lepak lepak review submission coursera, sesambil dengar dan lihat Sambutan Perayaan Hari Guru Kebangsaan 2018 tetiba masuk reramai kakitangan jabatan ke opis kitaorang. Selamat Hari Guru, Terima Kasih Cikgu! Memang marbeles le deme ni semua. Seronok jap suasana pagi ni kat opis. TQ TQ.

Kolam Deepavali @Jabatan Pendidikan Negeri Johor

Imej
Kolam Deepavali @Jabatan Pendidikan Negeri Johor. Tadi masa balik. Sempat lepak lepak kat lobi. Nengokkan cikgu cikgu SJK(T) Jalan Yahya Awal menyiapkan hiasan dan kolam bagi Deepavali nanti. Memang hebat.

Pemantauan Pemantapan DTP Jabatan Pendidikan Negeri Johor 2017

Imej
Pemantauan Pemantapan DTP Jabatan Pendidikan Negeri Johor 2017. Bermula 5 sampai 8 Jun kami diaudit. Memang best. Bagi aku la. Ni la masanya nak tengok pelaksanaan kerja buat aku ni bagus ke idak, mana yang nak kena tambahbaik dan so on. Pagi 5 Jun tu lagi aku dah spoil. Pasal Khamis lepas aku hantar kereta servis, Ahad aku turun padang bantu iqa; pagi tu aku dah tinggal kasut aku. Dah dua kali aku tawaf jalan yang sama. Apa yang best? Aku dah sampai opis kot. Adesss. Takpe. Cabaran pertama tu. Jam 9 pagi masuk ke bilik mesyuarat untuk pembukaan. Kami kena audit pada 7 Jun jam 2 petang kalau ikut jadual. Turun. Godak emel jap. Sekali en Firdaus call. Boleh naik ke atas untuk audit? Boleh aje. Terus maklum pada semua untuk bawak naik semua yang berkaitan. Pagi ni kena audit PK15 dengan dr. Rahim. Memang terbaeekkk!!!! Alang-alang. Dr. Minta audit semua sekali boleh? Sekali dia setuju. So. Semua sekali yang berkaitan diaudit pagi tu. Sampai ke petang terlajaknya. Dah setel semua. Dr.

Taklimat Sebut Harga dan Tender Jabatan Pendidikan Negeri Johor 2017

Imej
Taklimat Sebut Harga dan Tender Jabatan Pendidikan Negeri Johor 2017. Hujung bulan 2. 28 haribulan. Saja terperap dalam dropbox. Boleh tahan jugak la prosedur baharu ni. Banyak jawatankuasa dibentuk dan akan bergerak bagi memastikan ketelusan kelulusan kelak.

Taklimat SKPMg2 Jabatan Pendidikan Negeri Johor

Imej
Taklimat SKPMg2 Jabatan Pendidikan Negeri Johor. Dari pagi sampai ke petang kami berada dalam dewan seminar. Taklimat SKPMg2. Hmmm.. Boleh tahan. Nanti aku share bahan bila dah dapat ye.

Mesyuarat JPMN dan JPICT Bil.3/2016 Negeri Johor

Imej
Mesyuarat JPMN dan JPICT Bil.3/2016 Negeri Johor. A bit lewat sikit. Banyak kekangan dari segi masa. Alhamdulillah. Berjaya dilaksanakan pada Isnin 26 haribulan. Lepas ni kita pakai PowerBI je untuk pembentangan dashboard.

Jabatan Pendidikan Negeri Johor 20160508

Imej
Jabatan Pendidikan Negeri Johor 20160508. Tengah clear out dropbox. Ada gambar gambar lama. Amik masa dok buat detailing vectorise bangunan jabatan tempohari. Layankan aje yer.

MESYUARAT PRE-COUNCIL JAWATANKUASA PEMANDU ICT JABATAN PENDIDIKAN NEGERI JOHOR (JPICT) BIL.1/2016

Imej
MESYUARAT PRE-COUNCIL JAWATANKUASA PEMANDU ICT JABATAN PENDIDIKAN NEGERI JOHOR (JPICT) BIL.1/2016. A bit lewat sikit update pasal meeting ni. Pertempat di Bilik Mesyuarat Gelenggang, SKPP pada 7 Mac 2016. Ada pembentangan daripada BPM berkenaan dengannya.