Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Jambatan Sungai Kopok runtuh

Jambatan Sungai Kopok runtuh

Imej
Jambatan Sungai Kopok runtuh. JOHOR BAHRU, 8 Feb (Bernama) -- Sebuah jambatan sepanjang 50 meter yang merupakan laluan utama penduduk di Kampung Perigi Acheh dekat Pasir Gudang runtuh awal pagi tadi menyebabkan kira-kira 500 penduduk terkandas. Ketua Kampung, Saad Awang berkata jambatan berusia 16 tahun itu runtuh setelah air sungai naik mendadak daripada biasa serta terjadi arus deras pada kejadian pukul 2 pagi tadi. "Jambatan ini memang sudah bengkok dalam tempoh masa lima hingga enam bulan kebelakangan ini dan kita telah membawa perkara ini kepada pihak berwajib termasuk Majlis Perbandaran Pasir Gudang (MPPG). "Sepatutnya ia dalam proses pembaikan, namun kita tidak sangka jambatan ini runtuh lebih awal dari jangkaan," katanya ketika ditemui pemberita di lokasi kejadian Isnin. Beliau berkata runtuhnya jambatan itu menyebabkan kira-kira 500 penduduk kampung terputus laluan kerana jambatan yang merentasi Sungai Kopok itu merupakan satu-satunya laluan pendudu