Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Januari depan

Panduan pembeli senarai barang kena GST, Januari depan

Imej
Panduan pembeli senarai barang kena GST, Januari depan KUALA LUMPUR:  Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan akan memperkenalkan Shopper's Guide' (Panduan Pembeli) pada Januari depan untuk meredakan kebimbangan orang ramai terhadap peniaga tidak bertanggungjawab yang menaikkan harga apabila Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) dilaksanakan. Panduan itu akan menyenaraikan 944 barangan dan perkhidmatan yang termasuk dalam Indeks Harga Pengguna (IHP), serta harga barangan berkenaan sebelum dan selepas GST diperkenalkan, kata Timbalan Setiausaha Bahagian Cukai (Cukai Tidak Langsung dan GST) Kementerian Kewangan, M A Sivanesan. "Maklumat ini dapat membantu pengguna untuk menganggarkan perubahan harga akibat (pengenaan) GST. Dengan cara ini mereka akan tahu jika peniaga telah mengenakan caj berlebihan," katanya. Kerajaan sebelum ini mengumumkan penubuhan Jawatankuasa Pemantauan GST untuk memastikan kelancaran pelaksanaan cukai penggunaan