Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Jenjalan Cari Makan

Jenjalan Cari Makan : Warung Mee Bandung Pak Abu, Kampung Jaya Sepakat, Senai

Imej
Jenjalan Cari Makan : Warung Mee Bandung Pak Abu, Kampung Jaya Sepakat, Senai. 23 Februari. Selesai hari pertama mesyuarat. Agak lewat petang. Gerak cari makan jap bersam team teknikal. Semalamnya dah makan kat Dulang Ayan. Hari ni nak ubah selera sikit. Ada la cadangan ke sini. Leh tahan jugak. Cuma yang tak bestnya, masa kami sampai; tinggal hidangan udang aje. Deme semua makan mee bandung udang. Sib baik dia leh buatkan nasi goreng cina telur mata untuk aku. Boleh la. Memang superb nengok mee bandung dia. Seronok nengok deme pakat makan.

Jenjalan Cari Makan : Usop Nasi Kerabu, Ulu Pulai

Imej
Jenjalan Cari Makan : Usop Nasi Kerabu, Ulu Pulai. 22 Februari. Kita raikan besday girl makan sarapan pagi kat sini. Asalnya ke Pejabat Pos Gelang Patah. Nak renew lesen. Sekali mesin rosak. Kita terus ke Kangkar Pulai. OTW kita singgah la sini. Memang terbaeekkk!!!! Aku makan nasi lemak daging bakar dan mama makan nasi kerabu ayam. Yummy.

Jenjalan Cari Makan : Yus Be Chicken Chop, Taman Nusantara

Imej
Jenjalan Cari Makan : Yus Be Chicken Chop, Taman Nusantara. Jenjalan ke sini bersama kebudaks jate. Order burger tapi dah takde sebab pekerja untuk burger belum isi. So. Amik chicken chop aje la kan. Suka la abang iqi dan ici. Sambil makan sambil layan iPad. Haisshhh.

Jenjalan Cari Makan : Restoran Xinjiang Mee Tarik, Putrajaya

Imej
Jenjalan Cari Makan : Restoran Xinjiang Mee Tarik, Putrajaya. 4 Mac. Sempat lepak sini jap ngan member lama. Boleh tahan juga la nak mengoder. Dekat 20 minit dok belek menu ja. Kakaka. Sebab tak tau nak order apa. Sambil makan sambil borak. Sempat belajo OBB pulak tu. Hahaha. Memang rezeki langkah kanan namanya ni.

Jenjalan Cari Makan : Restoran Intan Asam Pedas, Tanjung agas, Muar

Imej
Jenjalan Cari Makan : Restoran Intan Asam Pedas, Tanjung Agas, Muar. 26 Januari. Singgah jap sini makan lunch. Sesaja masuk jalan lama. Port biasa dari dulu kalau singgah Muo. Memang terbaeekkk!!!!.

Jenjalan Cari Makan : Warung Salai, Port Dickson

Imej
Jenjalan Cari Makan : Warung Salai, Port Dickson. 25 Januari yang lepas kami singgah sini. Memang dah lapar tahap gaban. Mana taknya. Jem dari Nilai sampai la ke PD. Terus cari makan kat sini. Memang memasing dah tak pandang ke lain dah. Memang terbaeekkk!!!! ahh. Yang dapat share, gambo yang dah setel. Sori ehh..

Jenjalan Cari Makan : Restoran Nasi Lan Kedah, Putrajaya

Imej
Jenjalan Cari Makan : Restoran Nasi Lan Kedah, Putrajaya. Setel meeting hari first pada 3 Mac tu; kami selaku team everly terus gerak dari parkir E2 tu ke restoran ni. Nak makan dulu sebelum check-in ke hotel katanya. Dan kebetulan juga aku duduk area ni semalamnya. Jadi. Senang la nak sampai. Boleh tahan juga orang hari ni. Layan macam biasa. Yummy. Kebetulan hujan pulak petang tu sebaik kami sampai. Setel makan dan hujan dah berenti baru gerak balik ke everly.

Jenjalan Cari Makan : Resipi Grobok Salai, Pedas

Imej
Jenjalan Cari Makan : Resipi Grobok Salai, Pedas. Singgah sebentar on the way to Bangi masa nak gi ziarah Pak Yang 24 Januari yang lepas. Orang agak ramai memandangkan cuti Tahun Baru Cina. Parking agak jauh ke hadapan. Layan. Siap order air kelapa gitu. Sebelum gerak sempat tapau Kerepek Peria dan Pegaga on the way back ke kereta gitu. Memang terbaeekkk!!!! Video penuh @ https://youtu.be/7SZJkJedQj4

Jenjalan Cari Makan : Kampung Kambing

Imej
Jenjalan Cari Makan : Kampung Kambing. Hari ni hari outing bermalam iqa. Gi amik dia kat STF macam biasa lepas waktu pejabat. Lewat sikit sebab ada perbincangan penyediaan pelaporan tadi. Sampai. Selesai berkemas kat sini kami bergerak ke kedai borong. Beli barang sikit untuk majlis di Sekolah Agama Gelang Patah malam ni. Selesai kat sini baru ambil mama kat sekolah dia. Sesekali car pool sebab adik almera masih kat bengkel. Singgah tapau ayam goreng singgit sebelum hantar barang ke sekolah agama dulu. Suka tengok kebudaks comel kat pagar ni. Rajin tul bukakkan pagar untuk setiap kereta yang masuk. Pastu baru kami singgah kat Kampung Kambing untuk late lunch. Hahaha. Orang makan lunch kul 1, kami makan lunch jam 5. Best tempat baharu dia ni. Cozy. Mama dan iqa test menu baharu yang tak pernah kami order sebelum ni. leh tahan nasi goreng ayam paprik dia. Tapau dua nasi goreng kambing grill untuk berbuka petang ni. Alhamdulillah. Banyak pulak menu berbuka petang ni.

Jenjalan Cari Makan : Warung d'Pojok, Bukit Batu

Imej
Jenjalan Cari Makan : Warung d'Pojok, Bukit Batu. Singgah sarap di sini. Makan mee kari, mihun soto dan bubur ayam. Memang terkenal dengan mee kari yang best. Yummy. Video penuh di https://youtu.be/YUPQFhIwClM

Jenjalan Cari Makan : Pizza Hut Capital City

Imej
Jenjalan Cari Makan : Pizza Hut Capital City. Bila dah nama dia naik kereta api keliling aras bawah Capital City, harus la nampak kepelbagaian kedai yang masih ada kat sini. Terus diajak makan lewat petang kat Pizza. Layankan aje la kan. Hadiah sunat iqi dan bakal besday boy esok katanya. Masuk. Lain betul pizza hut sini. Nampak lebih mantop berbanding yang biasa kami masuk. Yummy. Siap pakai line tenet dia macam biasa. Bukannya apa. Just nak tengok berapa kelajuan yang dibagi. And. Sampai ke sudah aku tak connect pun. Kakaka. Cukup 4 jam 44 minit kami merayau kat sini hari ni. Balik. Kena singgah Angsana la pulak. ada lagi kelengkapan sekolah dicukupkan. Penat lepak kat medan selera aras atas dan sambung lepak lagi sebelah spiderman. Sampai rumah layankan si Leman pulak. Sian. Sampai gitu tido dia nunggukan kami.

Jenjalan Cari Makan : Mat Corner, BBU

Imej
Jenjalan Cari Makan : Mat Corner, BBU. Paginya ke SMK Gelang Patah. Uruskan pembelian barangan keperluan di Koperasi SMK Gelang Patah yang baru mula beroperasi hari ni. Selesai kejap aje walaupun orang ramai yang hadir. Tahniah. Memang cekap team koperasi ni. Terus gerak ke BBU untuk sarapan. Mana lagi kalau bukan ke Mat Corner. Lama tak layan nasi ambeng special dia sekeluarga. Bukan senang nak dapat peluang gini. Alhamdulillah.

Jenjalan Cari Makan : Late lunch @ Selera Johor

Imej
Jenjalan Cari Makan : Late lunch @ Selera Johor. Singgah sini setelah selesai semua urusan pembelian kelengkapan di koperasi-koperasi. Nice. Test nasi padang sebab terliur pulak nengok daging dia. Yang lain makan kacang pool, yee mee dan asam pedas. Sempat singgah cepat trading tambah order baju korporat untuk tahun depan. Dah jadi baju rasmi setiap Ahad dan majlis kat luar kena la tambah kan. sesambil nengokkan baju denim yang jadi idaman sejak dulu.

Jenjalan Cari Makan : Restoran Dulang Ayan

Imej
Jenjalan Cari Makan : Restoran Dulang Ayan. Dua hari kami makan malam kat sini. Memang marbeles. Malam pertama order alakat. Mee Goreng, sup daging pedas sama nasi, megi goreng. Malam kedua enjoy sikit. Tomyam, siakap tiga rasa, ayam black pepper. Memang terbaeekkk!!!! aahh! Recommended!

Jenjalan Cari Makan : Makan Spot, KIP Mall Tampoi

Imej
Jenjalan Cari Makan : Makan Spot, KIP Mall Tampoi. Nganto Iqa gi Paradigm ngan kengkawan dia. Kami. Patah balik ke KIP Mall Tampoi. Ngambik baju KRS kat Outpost. Apa lagi. Singgah Restoran Masakan Panas Asia kat Makan Spot. Nasi Ayam last dapat kat pelanggan depan kami. Huhuhu. Order Nasi Goreng Tomyam dan Mee Goreng spesel. Memang terbaeekkk!!!! Ici suka tul. Balik. Sempat singgah Mydin beli barangan keperluan.

Jenjalan Cari Makan : Warung Pak Din, Kampung Sungai Tiram

Imej
Jenjalan Cari Makan : Warung Pak Din, Kampung Sungai Tiram. Dari Rimba Terjun terus shoot ke jabatan. Nunggukan team lain untuk kita gerak ke Savanna Hill Resort bagi site survey untuk program besar Ahad ni. Kebetulan ada peserta program lain juga dalam dewan yang sama. Banyak yang tak boleh nak clarify. Banyak nak kena readjust semula. TQ encik Bakar yang turut sama dengan kami sepanjang tengah hari tu. Hmmm... Lunch. Singgah di Warung Pak Din. Memang power beb. Sampai tak tau nak pilih yang mana. At last amik aje la yang mana yang rasa berkenan di perut. Ayam masak pedas yang memang best. TQ Mus belanja tengah hari ni. Memang terbaeekkk!!!! tempat ni. Marbeles.

Jenjalan Cari Makan : Gerai Cucur Pak Mail, Kluang

Imej
Jenjalan Cari Makan : Gerai Cucur Pak Mail, Kluang. Singgah jap kat dua tempat sebelum check-in ke hotel. Satunya kedai Idaman. Boleh tahan juga pilihan baju yang ada kat sini dengan harga yang berpatutan. Survey survey dulu. Yang kedua tu baru target kitaorang. Gerai Cucur Pak Mail. Pelbagai cekodok ada kat sini. Ada pisang, sayur, ikan, buah naga, jagung, tembikai susu. Dia jual murah aje. Seposen sebijik. Nampak lebih pada sedekah. Siap bagi air. Sementara nunggu tu makan aje la apa yang ada depan mata. Memang terbaeekkk!!!!lah Pak Mail. Ramah bercakap pulak tu sepanjang masa kami menunggu tu. Orang beratur toksah cerita la. Semoga sentiasa dimurahkan rezeki olehNya.

Jenjalan Cari Makan : Pendas Fresh Fish Market

Imej
Jenjalan Cari Makan : Pendas Fresh Fish Market. Banyak hasil hari ni. Air pasang katanya. Ici pun ikut sekali. Memang lari sikit dari plan. Tapi tetap buat video. Walau tertinggal gimbal kat umah. Layan aje la.

Jenjalan Cari Makan : Pendas Fresh Fish Market

Imej
Jenjalan Cari Makan : Pendas Fresh Fish Market. Mencari bekalan ikan segar macam biasa. Yang tak biasa, Ici nak ikut kali ni. Memang lain wooo. So. Merayap kami kat situ. Orang punya la ramai hari ni. Hmmm. Selesai semua, singgah kat Tanjong Nelayan. Semua dah abis. Takpe. Kita lepak Warung Padang. Layan beb.

Jenjalan Cari Makan : Mak Ani Selera Timur

Imej
Jenjalan Cari Makan : Mak Ani Selera Timur. Ni antara lokasi favourite waktu pagi. Pelbagai pilihan juadah ada kat sini yang kena dengan selera kita dengan harga yang sangat berpatutan. Amik soto dan mee goreng daging bakar untuk aku. Sejak akhir ni tetiba mood makan mee goreng datang kembali. Hehehe. Memang best!