Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Jenjalan Cari Makan : Gerai Makan Sedap Rasa

Jenjalan Cari Makan : Gerai Makan Sedap Rasa

Imej
Jenjalan Cari Makan : Gerai Makan Sedap Rasa. Tengah hari tadi kononnya nak makan soto power kat skudai kiri yang katanya super hebat sampai gajah pun boleh terbang kalau hirup katanya. Sekali sampai. Sebijik kedai pun tak bukak. Sian kat kami yang kerja hari Ahad ni kan. Huhuhu. Jalan sikit ke depan. Tengok ramai nurse kat sini. Kata mus, kalau nurse ramai; tandanya makanan kat situ mesti sedap. Yolah tu. Singgah. Terus gi beratur. Nasi putih diisi sepenuh pinggan oleh akak kedai. Perrgghhh. Lama kot aku tak makan nasi penuh pinggan gini. Amik lauk pulak. Mus dengan ikan jaket yang dibakar harum cemerlang ditambah dengan paru goreng sekata. Aku pulak makan macam biasa, nasi banjir kari ayam diicampur ayam sambal yang direncah sempurna. Siap dedua tambah bawang kicap yang ditaruk cili potong yang segar menawan. Tapi. Memang terbaeekkk!!!! Cukup rasa semua. Alhamdulillah.