Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Jenjalan selesaikan urusan peribadi

UTC Johor : Jenjalan selesaikan urusan peribadi

Imej
UTC Johor : Jenjalan selesaikan urusan peribadi. Ada dua perkara besar yang kami nak setelkan. Mulanya aku fikir nak selesaikan pada hari Selasa depan. Pasal aku dah amik cuti masa tu. Sekali fikir fikir. UTC kan ada. Nak uruskan geran Almera dan daftar haji. Semak. Dua dua boleh diselesaikan di UTC. So. Gerak aje ler lepas jemaat. Singgah ke Nissan dulu. Ambil semua dokumen yang dah setel. Singgah makan dulu kat Selera Johor. Layan jem jap dekat depan Kotaraya tu. Adess. Lupa pulak aku pasal dah nak deepavali ni. Alhamdulillah. Dapat parking dekat depan pintu kat L3 tu. Masuk je. Terus jumpa JPJ dan Tabung Haji bersebelahan aje. Uruskan JPJ dulu. Then ke Tabung Haji. Alhamdulillah. Dua dua selesai. Dah lama sangat dah cerita pasal Tabung Haji aku ni. Lepas study, tanya. Memang aku buat akaun baharu aje. Yang lain tu semak kat akaun tak dituntut aje. Hmmm.. bila pulak la aku nak setelkan yang ni pulak ye. Hari Selasa ni? Maybe?