Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Jerayawara Inisiatif Perkukuhan STEM 2017 negeri Johor

Jerayawara Inisiatif Perkukuhan STEM 2017 negeri Johor

Imej
Jerayawara Inisiatif Perkukuhan STEM 2017 negeri Johor. Pagi ni gerak awal sikit dari rumah. Nak sampai awal ke JPN. Naik kenderaan jabatan ke ADTEC Batu Pahat untuk jerayawara STEM 2017. Sampai sana orang dah ramai. Semuanya GPK1 sekolah menengah negeri Johor. Sarap dulu kat cafe. Jam 10 aktiviti bermula dengan ucapan aluan KS SPA. Seterusnya giliran Pembentang pertama, Dr. Shamsudin dari EPRD. Intipati taklimat berkenaan Sejarah dasar 60:40 sebelum konsep STEM dijelaskan. Pelan tindakan Stem nasional 2017 - 2025 yang menggariskan 7 strategi utama diperjelaskan yang mana terdiri daripada : 5 strategi pemupukan kesedaran 7 strategi peningkatan kualiti PdP 4 strategi pengukuhan infrastruktur dan fasiliti 3 strategi peluasan peluang kerjaya 3 strategi pembudayaan R research, D development, C commersial & I  3 strategi pengharmonian data 5 strategi pemerkasaan kerjasama strategik Beliau turut memperkenalkan group khusus Facebook untuk STEM yang boleh dicapai meneruti ka