Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Johor tidak cuti Ahad

Johor tidak cuti Ahad - MB Johor

Imej
Johor tidak cuti Ahad - MB Johor JOHOR BAHRU 1 Nov - Johor tidak akan mengisytiharkan esok sebagai hari cuti sekalipun pasukan Johor Darul Ta'zim (JDT) berjaya menumbangkan Pahang dalam perlawanan akhir Piala Malaysia di Stadium Bukit Jalil malam ini. Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, berkata keputusan itu dibuat memandangkan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) akan bermula Isnin ini. "Saya difahamkan guru-guru akan berhadapan masalah melakukan persediaan sekiranya Ahad cuti kerana peperiksaan SPM akan bermula pada Isnin," katanya ketika ditanya tentang kemungkinan Ahad diisytiharkan sebagai cuti di Johor sekiranya Harimau Selatan menjuarai Piala Malaysia. Bermula awal tahun ini, cuti hujung minggu di Johor diubah kepada Jumaat dan Sabtu, berbanding Sabtu dan Ahad sebelum ini. Mohamed Khaled ditanya tentang isu terbabit selepas merasmikan fasa pertama Laman Sukan Ekstreme Pasir Gudang bernilai RM300,000 yang dibina oleh Majlis Perbandaran P