Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Jom JenJalan

Jom Jenjalan : B5 Johor Street Market, Tampoi

Imej
Jom Jenjalan : B5 Johor Street Market, Tampoi. 28 Februari itu hari sempat kami meronda kawasan baharu ni. Actually, B5 ni baru dibuka pada 20 Februari. Boleh tahan konsep dia pakai kat sini. Cuma. Kami tak meronda jauh. Bangunan pertama aje. Tak larat aku nak jalan. Nanti la bila ada rezeki lagi kita gi lagi untuk tengok keseluruhan kawasan.

Jom Jenjalan : Hotel Everly, Putrajaya

Imej
Jom Jenjalan : Hotel Everly, Putrajaya. Asalnya nak tido kat sini semalam aje dan bakinya nak duduk Pullman katanya. Sekali Pullman pun tak takde kot. Tengok renovate jadi Doubletree by Hilton. Hahaha. OK la tu. Straight 3 malam kat sini. Hotel biasa bila duduk kat Putrajaya. Dekat ngan kompleks E. Petangnya sempat amik angin jenjalan kat tepi tasik dan merayau sampai ke Alamanda. Jarang aku merayau keliling hotel gini tau. Maybe boring sangat pasal kali ni paling lama kena stay kat Putrajaya. Apapun. Semua sebelah sebelah aje. Senang nak cari barang ke nak makan ke. Dah sampai bilik harus la sesi mengecaj kena on kan.

Jom Jenjalan : Pusat Sains Negara, Bukit Kiara

Imej
Jom Jenjalan : Pusat Sains Negara, Bukit Kiara. Singgah jap sini bawak kebudak. Masalah utama aku adalah kaki kiri bengkak teruk. So. Mama la yang terpaksa layan kebudaks kat sini manakala aku, harus la duduk kat ruang legar ni aje sepanjang siri kami kat sini. Huhuhu.

Jom Jenjalan : Dataran Putrajaya, Putrajaya

Imej
Jom Jenjalan : Dataran Putrajaya, Putrajaya. Singgah sebentar di sini sebelum ke rumah Mak Yang. Lama tul tak singgah. Parking pun dah berubah sikit. Sebelah dataran dah tak boleh park. Meronda ke Souq jap. Snap snap tak hingat. Lepak tengah dataran. Dah ada tulisan Putrajaya beso. Layan. Sempat singgah jap kat IOI untuk tapau pizza dan jenjalan lagi. Full video @ https://youtu.be/dEzfrqKh9iE

Jom Jenjalan : CAPE NAUTICA VILLAS, Port Dickson, Negeri Sembilan

Imej
Jom Jenjalan : CAPE NAUTICA VILLAS, Port Dickson, Negeri Sembilan. Tidur semalam di sini on the way back to JB. Suka la kebudaks jantan mandi manda kat sini. Layan. Video penuh @ https://youtu.be/WtbJW8plsBU

Jom Jenjalan : Pendas Fresh Fish Market

Imej
Jom Jenjalan : Pendas Fresh Fish Market. Jenjalan sini selepas lama tak gi sepanjnag cuti sekolah. Sakan merayap. Singgah Restoran Nelayan semua dah abis. Brunch kat simpang aje la. Video penuh @ https://youtu.be/JjcgCAVJuf4

Jom Jenjalan : Donhu Jurassic Garden

Imej
Jom Jenjalan : Donhu Jurassic Garden. Balik dari Muar ikut jambatan kedua. Kebetulan lalu di sini dan ambil kesempatan untuk singgah jap. Memang menarik tempatnya. Penuh dengan dinosaur dan ianya percuma. Suka si ici mengembara ke setiap dinosaur yang ada.

Jom Jenjalan : Beletime Danga Bay

Imej
Jom Jenjalan : Beletime Danga Bay. Singgah jap tempat baharu ni. Dekat Country Garden. Baru buka 13 Disember yang lepas. Cuma. Dia baru buka 1 aras aje. Aras bawah. Aras 2 ada panggung. Ada filem tamil beb kat sini. Layan aje la kebudaks ni meronda. Sekali tawaf aje dah sampai tempat mula balik. Kekeke. Kena tunggu buka penuh baru best kot gamaknya.

Jom Jenjalan : Hotel Impiana Senai

Imej
Jom Jenjalan : Hotel Impiana Senai. Recommended. Memang terbaeekkk!!!! hotel bertaraf 4 bintang ni. Duduk di sini dua malam. Harga pun OK. Layan pool bersama kebudaks. Hari pertama aku join. Hari kedua dah mula sengal. Lepak tepi aje. Layanan best. Kedai makan keliling hotel ja. Tempat parking ada dan memudahkan. Lif terus sampai ke basement. Enjoice.

Jom Jenjalan : Pendas Laut Walkabout

Imej
Jom Jenjalan : Pendas Laut Walkabout. Leman siap tunggu kat pintu. Pesan. Jangan lupa ikan saya tau. Bawak sekali gimbal nak memain lagi. Sempat la meronda cari ikan dan sotong. Balik. Singgah jap Kedai D'Simpang. Memang terbaeekkk!!!!, sedap dan murah.

Jom Jenjalan : Festival Konvokesyen Ke-63 UTM 2019

Imej
Jom Jenjalan : Festival Konvokesyen Ke-63 UTM 2019. Blank jap pagi ni. Actually, banyak benda perlu diselesaikan hari ni. Sekali. Dapat cuti terpijak. Hmmm. Cam biasa. Semua setelkan secara online. Cuma lokasi aje kat rumah. Hmmm. Esok ada benda beso nak kena urus. Tugas utama. Selesai. Ajar iqi yang sibuk nak buat streaming video dari semalam. Sampai dua video dia buat pagi ni. Mama soh ajo terus guna photoshop la pulak. Nanti cuti hujung minggu la pulak kan. So. Sempena cuti terpijak ni kita gi meronda jap ke tapak pesta konvo. Tempat yang aku leh jadikan testing ground guna vlog pocket. Kekeke. Menggigil guna beb. First timer gitu. Kerja nak lari aje jari menggagau. Nak guna trigger ke nak guna function button. Function aje ada 3 fungsi, panning, lock dan follow. Yang trigger pun ada 2 function. Adessss.. Sib baik la shutter button tu satu je function dia. Kakaka. Kalau la gajet ni leh cakap harus kena gelak je kan. Tak lama sangat kat sini. Kepala pun tak berapa baik lepas dok l

Jom Jenjalan : Ipoh Memory Lane

Imej
Jom Jenjalan : Ipoh Memory Lane. Sempat meronda selepas subuh sekeliling hotel. Siap singgah 7-11 pekena nasi lemak. Hehehe. Sebelum ke MAPS kita nak gi Memory Lane dulu memandangkan program bermula jam 10 pagi. So. Selepas bersarapan di hotel kami terus gerak ke situ. Sampai aje kat situ dah penuh dengan orang, penggemar barang klasik terutamanya. Wah.. Lama tak jalan cenggini. Layan aje. Memang padat. Kawasannya sangat besar. Serata tempat ada barang lama. Aku pun sempat jugak nengokkan permainan lama kat sini. Cuma. Korang kena pandai cari la kan. Hasil akhir aku? Sebungkus kopi. Kekeke. Banyak layan snap picas aje. Nak beli permainan pun aku rasa macam tak tau nak letak mana dah. Tapi memang bertaburan barang nostalgia di sini. Kena bijak memilih dan membeli.

Jom Jenjalan : Savanna Hill Resort

Imej
Jom Jenjalan : Savanna Hill Resort. Dapat jemputan iftar petang ni. Boleh tahan tempatnya. Pengurusnya masih cam ngan aku. Kebetulan dulu pernah bekerjasama semasa satu program kebangsaan kat sini. Makanan boleh tahan. Sempat dibawa melawat sekitar kawasan. Hmmm. Satu tempat yang kondusif untuk pengendalian program. Yang penting boleh runding dengan pihak pengurusan. Terbaeekkk!!!!

Uptown Maharani Muar

Imej
Uptown Maharani Muar. Sempat melayan kawasan ni di sebelah malam. Dah namanya join team anak muda. Layan aje ler. Sempena nak raya ni uptown maharani dibuka setiap malam. Boleh tahan. Sempat lalu Muar Mural Trail. Jalan singkat dari Muar Traders ke Uptown. Cantik jadinya lorong ni. Satu gambar tu saling tak tumpah macam big boss. Glamer boss kitaorang ni. Sampai uptown. Dah jalan menapak sampai ke Muar Soup House. Layan. Sesambil nengokkan uptown. Cukup time semua dah mula berkemas untuk pulang. Memang masa dijaga dengan baik oleh semua kat sini. K. Masa untuk balik ke hotel. Zzzzz...

Jom Jenjalan : Paradigm Mall, Johor Bahru

Imej
Jom Jenjalan : Paradigm Mall, Johor Bahru. Hari ni kami berbuka kat luar. Iqa ada join kengkawan dia buat sambutan birthday kat sini. So. Ngantor dia. Lepas semua dah jumpa kami gerak ke Parkson. Bagi ruang kebudaks ni la. Sempat meronda dan wefie kat ruang legar Spongebob tau. Sampai parkson, dah terbeli pakaian pulak. Dapat la diskaun RM2 untuk parking. TQ parkson. Actually. Korang beli minima RM50 dah dapat free park dua jam. Selesai. Terus gerak ke Food Arcade. Lepas kami duduk dan order makanan aje terus pack kawasan ni. Alhamdulillah. Rezeki awal sikit. Gi tuntut seluar jap. Tadi tinggal untuk potong dan jahit kaki. Sampai semula masih ada 10 ke 15 minit kalau tak silap. Dah bersepah gambo makanan aku snap. Sampai ke macro pun ada. Selesai makan, terus gerak ke surau. Alhamdulillah. Lepas aku masuk aje, sekali lagi terus pack. Tunggu mama dan aktiviti seterusnya ada tapau food untuk yang lain kat rumah. Memacam order tau. Pappa roti. KFC. Gi McD sekali. Tebus kupon hari guru.

Jom Jenjalan : Jeruk Madu Pak Ali, Sungai Nibong

Imej
Jom Jenjalan : Jeruk Madu Pak Ali, Sungai Nibong. Babai penang. TQ Olive Tree Hotel. Singgah sat on the way back. Yang best. Semua bas kontinjen pakat berenti jugak kat sini. Bila reramai cenggini of coz la aku tak akan membeli punya, walau asal di hati nak beli jeruk salak sekilo dia. Snap snap aje ler macam biasa. sori ekk. Tak banyak nak cerita pasal aku lepak lam bas aje lepas snap sambil nengok barisan yang makin panjang. Layan aje lah ye picas tu.

Jom Jenjalan : IKEA Tebrau Getaway

Imej
Jom Jenjalan : IKEA Tebrau Getaway. Penat weh. Masuk lam ruang pameran. Jot down benda yang terasa nak beli. Jangan lupa tanda sekali rak dan bahagian mana. Barang yang nak dibeli semuakan kat tingkat bawah. Ada ramai staf yang boleh bantu permudah cari barang tu. Amik barang kecik kecik aje. K. Setel.

Jom Jenjalan : Pasar Segar Pendas Laut

Imej
Jom Jenjalan : Pasar Segar Pendas Laut. Dari semalam mama asyik dok ajak ke sini. Boleh la. Dalam 8.30 pagi kami gerak ke Pendas Laut. Sampai pun masih awal. Ikan tak turun lagi. Biasanya jam 9 baru turun. So. Gi minum jap kat Restoran Tanjong Nelayan. Roti Canai kat sini meme marbeles tau. Sesambil main ngan kucen baka cumee cumee dan bulu warna gebooz. Leh tahan dia nyer respon. Pandai main ni. Kebudaks restoran semua soh aku amik aje kucen tu sebab dia ngikut aku masa keluar. Sementara mama gi napau ketam yang rege dia sebakul doploh tu aku gi snap snap jap restoran rahmat. Suka suki aku jer kan. Setel kat sini baru aku gerak ke kampung nelayan. Kat sini la letaknya pasar segar ni. Diaorang semua jual depan rumah aje. Orang memang leh tahan ramai. Aku turunkan mama dan slow slow bawak kereta sepanjang dalam kampung ni. Banyak jugak la hasil hari ni. Cuma selangat ja takde. Semuanya dah abis diborong orang. Hahaha.

Jom Jenjalan : Paradigm Mall, Johor Bahru

Imej
Jom Jenjalan : Paradigm Mall, Johor Bahru. Singgah sini jap untuk beli baki barang iqa. Leh tahan la jugak tempat dia. Sempat layan pesta barangan doraemon. Ici punya la takut nak bergambar. Dari atas berani je ajak. Sekali dah masuk...

Jom Jenjalan : GP Mall, Gelang Patah

Imej
Jom Jenjalan : GP Mall, Gelang Patah. Singgah mr. DIY cari bakul dan kelengkapan lain untuk iqa. Ronda sebentar ke GP Mall. Nak tengok apa yang ada actually. Kosong. Ada la dua kedai yang buka dalam tu. Sempat borak ngan cleaner. Memang ini macam sejak 3 bulan lepas. Sib baik Hotel Holmes tu dah operasi. Kalau tak sunyi kawasan ni. Alamak. Harap akan ada perubahan nanti. Ada la tempat baharu leh ronda.